Showing posts with label hidayah. Show all posts
Showing posts with label hidayah. Show all posts

Wednesday, August 18, 2010

I'm a Muslim



kredit: amazingnara.com


Tuesday, August 10, 2010

Ramadan Al-Mubarak

Aku ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua, moga di bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan ini, kita menjadi hamba yang lebih baik, mampu mengawal nafsu, mengawal makan, mengawal perasaan, mengawal marah, membuka hati untuk hidayah, menikmati setiap genap ibadah yang dikerjakan. Semoga Ramadan kali ini memberi 1001 makna dan pengisian berguna buat kita semua....

Salam Ramadan...




Sunday, August 8, 2010

Rezeki Milik-NYA

Kita hanya mampu berdoa,
Mengharap, mendamba dan meminta,
Agar hujan yang turun itu cahaya,
Agar air yang melimpah itu syurga.

Kita hanya mampu sujud,
Keluh dada sakit tak terurut,
Biarlah rezeki yang turun seluas laut,
Dan yang terlimpah takkan surut.

Kita hanya mampu bertawakal,
Sesudah habis kudrat dijual,
Berharap belas untuk beramal,
Sementara usia masih awal.

Kita sering lupa sering alpa,
Mengapa sujud tak dibalas jua,
Sedang ramai diluar bergelumang dosa,
Namun hidup mereka semewah syurga.

Harta mewah itu milik-Nya,
Kita hamba yang hanya tahu meminta,
Syukurlah dengan apa yang ada,
Sesungguhnya, redha-Nya lebih berharga...

 


Friday, June 4, 2010

Monday, May 17, 2010

Kalau Lelaki Lembut, Perempuan?

Ha! Dunia kan dah nak terbalik, yang lelaki nak jadi perempuan, yang perempuan nak jadi lelaki. Apa nak jadi?

Lelaki yang keperempuanan itu mungkin jiwa-jiwanya sahaja, tapi bila mula mencari lelaki keras dan tulen untuk dijadikan pasangan hidup, jiwa-jiwa atau komplikasi jiwa? Begitu juga dengan perempuan, mungkin hatinya lelaki, tapi bile mencari perempuan ayu sebagai pasangan hidup? hati lelakinya kacau mungkin?

Berjalan ke pelusuk bandar sebenarnya membuka minda (kalau mahu dibukalah minda itu), kita lihat pelbagai jenis manusia, jenis-jenis bangsa, agama, budaya, ragam juga sexual orientation. Cuba fikir mangapa mereka begitu?

Sebagai lelaki lurus yang hanya berminat terhadap kaum hawa, aku sungguh tidak faham fenomena lelaki mencari lelaki serta perempuan mencari perempuan. Bukankah kasih-sayang itu asas kekeluargaan, mengembangkan zuriat, meramaikan umat? Tapi kalau sesama jantina, tidakkah berlaku pembaziran 'benih' di situ? 'Benih' yang mungkin bakal berkembang dan membesar sebagai pemimpin dunia, anak-anak soleh & solehah, namun terbazir di dalam sarung getah berjenama durex!

Agama Islam itu indah bukan? Tak perlulah bercerita panjang lebar dari aspek agama, rasanya, semua (terutama yang beragama Islam) cukup faham hal ini, tapi Allah itu Maha Pengampun, Maha Pemurah & Maha Penyayang. Belum terlambat.

Aku? Aku tidak mendiskriminasi, membenci atau yang sewaktu dengannya, aku sendiri ade teman yang sebegitu, tapi, sebagai teman, molek kiranya aku tegur dan cube memimpin, pokok pangkal perubahan itu, masih di hati kalian.

Bertuhankan Tuhan/nafsu?

Sunday, May 9, 2010

Wujudkah UFO?

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)

Saturday, May 1, 2010

The Rising Sun

Posted in some local newspaper in Karachi
9 April 2010

As a Muslim, we do believe in Allah and everything that related to the Judgment Day right? The day has come closer to us, just a matter of time. May Allah bless all of us.

Saturday, April 24, 2010

Hey Manusia!

Kau mengejar syurga,
berserban, berkopiah segala,
Kau sanjung semacam raja,
entah siapa, bukan nabi kita!

Kau mengejar syurga,
tak tinggal solat puasa,
cari harta berniaga,
tapi masih kau agungkan dia!

Kau mengejar syurga,
konon junjung agama kita,
quran kau tolak bawah meja,
kitab sendiri merapu yang kau baca!

Kau mengejar syurga,
konon persiap sebelum bala,
Al-Mahdi datang kau dah sedia,
tapi kiblat kau ke neraka!

Kau mengejar syurga,
kau permain Nabi mulia,
konon bersuara walau tiada,
siapa ajar? dia?

Kalau nak mengejar syurga,
bukan ikut nafsu taksub jiwa,
yang kau sanjung tinggi bukannya dia,
Allah & Nabi patutnya dipuja!

Kalau nak mengejar syurga,
bukalah mata,
tuntut ilmu jangan buta,
jangan tutup tulikan telinga...

Thursday, April 15, 2010

Politik Lubang Kubur


Aku membaca lagi kali ini, saja hendak tenangkan hati di minggu-minggu peperiksaan ni, aku terjumpa artikel seperti gambar di atas yang aku dapat di http://www.tranungkite.net/psiber/azhari/azhari002.htm. Mulanya aku tersedar juga, salah silap, dosa-dosa lama yang ada aku lakukan, namun tiba di soalan yang ketiga, apakah agamaku? jawapannya aku sangkakan elok, namun berbaur politik pula jawapannya!

Aku sebenarnya tidak begitu suka bila unsur-unsur agama, dicampuradukkan dengan politik. Bagi aku secara peribadi, jika masuk PAS dengan niat untuk memperbetulkan hukum-hukum hudud dan sebagainya, belum tentu menjamin syurga buat kita, umat akhir zaman. Sedang sahabat-sahabat Nabi SAW sendiri tidak semua dijamin syurga. 

Tambahan lagi, jawapan yang aku kotak merahkan itu katanya 'adalah jawapan malaikat'. Astaghfirullah. Aku ada menuntut ilmu dengan beberapa orang ustaz dan ustazah, ramai berpendapat, walaupun kita sebuah negara Islam, kita tidak dapat melaksanakan hukum-hukum Allah (Hudud & Qisas) atas beberapa alasan. Alasan paling utama adalah KEADAAN TIDAK MAMPU. Apa maksudnya? Kita masih tidak mampu untuk menjalankan hukum tersebut kerana yang pertama, kurangnya kerjasama, pemahaman serta penerimaan kaum-kaum lain yang berlainan agama untuk menerima hukum yang sama, walaupun pada peringkat permulaannya, hukum ini kita gunakan hanya untuk yang beragama Islam sahaja. Terlalu banyak penentangannya, dikhuatiri kelak, akan menimbulkan pula mudarat yang lain, seperti rusuhan atau lebih buruk pertumpahan darah. Bukankah agama Islam itu pencinta kedamaian dan memudahkan penganutnya?

Secara peribadi, aku tidak menolak pelaksanaan hukum Hudud & Qisas, sebagai Islam, aku menyanjung tinggi hukum Allah lebih dari hukum manusia. Namun, aku tidak setuju perihal agama dipolitikkan. Sama sekali tidak setuju. Kalian sendiri saban hari membaca akhbar, menonton TV, nilailah sendiri dunia politik kita. Adakah mampu politik kita baik di haluan mana sekalipun yang penuh dengan kotoran mampu untuk membawa kita ke syurga atau sekurang-kurangnya lepas soalan kubur? Bukalah minda seluas-luasnya, jangan hanya tahu bertindak selepas nampak, fikir dahulu, nilai dahulu.

Andai ada yang salah, yang kurang, juga terpesaong bagi yang membaca, aku mohon kita sama-sama tegur dan saling perbetulkan. Aku juga manusia yang mahu belajar.

Friday, April 2, 2010

Din Beramboi Kembali Ke Rahmatullah

Innalillah...

Semoga roh arwah Din Beramboi dicucuri rahmat. Arwah meninggal dunia jam 12.30, Jumaat, 2 April. 
AL-FATIHAH...


Tuesday, March 23, 2010

Mahsya Kurnea



Baby comel ini ditemui dalam keadaan basah kuyup sekitar hari Ahad yang lepas, berdekatan dengan tempat pembuangan sampah, jam 5 setengah, di Ipoh, Perak.

Mak bapak dia memang sampah. Budak tak berdosa pulak yang dibuang. Dia yang sedap berpeluk bercium dengan jantan, tak pulak dihukum!!

Semoga baby ini diberi Allah kehidupan yang sempurna. Harap-harapnya, tak perlulah dia tahu siapa mak bapaknya, sebab mak bapak dia bukan kisah pun.

Sedap namanya...Mahsya Kurnea. Semoga Allah melindungimu...

Sunday, March 14, 2010

Kerana Perempuan

Sanggup bergaduh,
Sanggup menjerut,
Sanggup mati,
Sanggup derhaka,
Sanggup buang cita-cita,
Sanggup buat apa saja.
BODOH...

jangan jadi bodoh...

Sunday, February 28, 2010

Sebuah Lapangan

Jauh tinggi dari awan
Menjejak tanah suatu lapangan
Rata terbentang luas
Menghimpun setiap yang sujud dan buas

Diarak bermusim tak tiba
Dijemur kering diiring noda
Terus menitik dari pelusuk badan
Terhimpun membentuk luas lautan

Berlari meminta mengharap rahmat
Ditolak tepi tidak bersyafaat
Letih mengusung gelap cahaya
Perhitungan tetap tak kunjung tiba

Datang Yang Satu membelah gelap
Ketakutan penyesalan terselubung genap
Diukur setiap di kanan, setiap di kiri
Terlebih terkurang tiada lagi yang berganti

Dari lapangan ke satu susuran
Seluas alam menuju kesempitan
Titian halus menanti jelas
Apakah mampu untuk direntas…

Saturday, February 6, 2010

Jejak Rasul

Minggu lepas aku ke Megamall. Seperti biasa, MPH bookstore mesti aku pergi even tak beli apa pun. Sedang sibuk membelek buku-buku, aku terjumpa koleksi DVD Jejak Rasul yang biasa ditayangkan di TV3 pada bulan Ramadan, untuk dijual. Harganya? Tak mampu aku nak bayar.

Sempat juga aku mencari DVD Jejak Rasul musim ke berapa entah, yang menceritakan kisah Kerajaan Turki Uthmaniyyah, sayangnya, tiada.

Sejak tingkatan empat, aku memang suka membaca hal-hal sejarah berkaitan Turki Uthmaniyyah. Pada aku, sejarah dan kerajaannya hebat. Mampu bertahan selama lebih 600 tahun, lebih lama daripada tempoh negara kita dijajah! Kerajaan itu hapus kerana petualang Mustafa Kemal Ataturk, yang konon-kononnya bapa kemajuan dan pemodenan Turki.

Sebenarnya aku teringin nak simpan koleksi episod Jejak Rasul - Uthmaniyyah ni, tapi aku tak jumpa... Siapalah yang ada...hmmm...

Tuesday, January 19, 2010

Al-Karim

KHATAM AL-QURAN
Aku teringat zaman aku belajar mengaji dulu, belajar dengan mak sendiri, mungkin ramai yang rasa belajar dengan ibu sendiri, tak teruk dirotan, dicubit dan dimarah. Nyata pandangan itu silap. Peha aku kebiasaannya bertompok dengan lebam akibat dicubit. Yang panjang aku baca pendek, yang pendek aku panjangkan. Memang kene. Sakit. Sampai aku rasa takut nak mengaji. Tapi di sebalik rasa takut, aku bersyukur kerana hari ini, hasil ajaran mak aku, aku mampu mengaji dengan elok, tajwid, alhamdulillah terjaga. Kerana garang mak aku juga, aku khatam Al-Quran seawal 7 tahun. Entah mengapa, malam ini, aku rindu nak kene pukul, dirotan dan dicubit mak semasa mengaji.



(Aku memang anak mak, sebab garang mak 'turun' kat aku...nasibla...haha)

Friday, January 15, 2010

Untuk 'Sahabat'

Menghormati tetamu itu dituntut oleh Islam, disaran oleh Rasulullah.

"Dalam perkara ini, Rasulullah pernah ditanya,yang bermaksud: `Apakah iman itu? Jawab Baginda: `Menghidangkan makanan dan mengucapkan salam.' Dalam menjemput atau mengundang orang lain sebagai tetamu, kita diingatkan supaya tidak membebankan tetamu dengan sesuatu perkara hingga menyusahkannya.

Umpamanya, menetapkan sesuatu peraturan ketika berada di rumah kita hingga membuatkan tetamu berasa tidak selesa. Ataupun, kita memintanya membawa hadiah atau melakukan sesuatu yang jika tidak dilakukan akan menyebabkan marah.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu membebankan tetamu atau kamu memarahinya dan sesungguhnya orang yang memarahi tetamu, dia memarahi Allah dan sesiapa yang memarahi Allah, maka Allah murkainya."

Perbuatan memarahi tetamu atau menyebabkan dia berasa tidak selesa. Ia bukan saja bertentangan dengan tata cara ditetapkan Islam, malah menunjukkan yang kita tidak menghormati tetamu.

Sedangkan, menghormati tetamu amat dituntut Islam. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menghormati tetamu, maka ia menghormatiku dan sesiapa menghormatiku, maka dia memuliakan Allah dan sesiapa memarahi tetamu, maka dia marah kepadaku dan sesiapa yang marah kepadaku, maka dia memarahi Allah." "


Kredit: Artikel disalin dari laman web IKIM

Jika kita sudah tahu siapa dalam senarai tetamu, dan kita rasa tidak elok untuk kita pergi menonton atau menyaksikan persembahan, rasanya tidak perlu langsung anda hadir ke majlis itu. Hipokrit. Ramai yang tidak hadir. Namun anda tahu siapa yang hadir, mengapa tidak anda pulang seawal majlis belum bermula?atau sekurang-kurangnya sebelum hamba Allah itu berjalan ke pentas, dan jangan pulang-pulang ke tempat duduk anda. Menjaga hati tetamu itu dituntut. Tidak sempurna iman seseorang hamba itu jika tidak menghormati tetamu.

Segala yang baik, yang betul, suci dan mulia datang dari Allah
Segala yang buruk, salah, hina dan kotor datang dari diri ini.

Wednesday, January 6, 2010

Petisyen Bantahan Penggunaan 'ALLAH' Bagi Orang Bukan Islam

Bagi umat Islam yang sayang kepada Islam dan kesucian agama Islam, jemput beramai-ramai tandatangan secara maya PETISYEN BANTAHAN yang disdiakan ini. Moga agama kita dan kedaulatan bangsa serta agama kita terus terpelihara. Insya-Allah...

Thursday, August 20, 2009

Ramadan

Alhamdulillah...kalau tiada aral, Sabtu ni Insya-Allah kita semua umat Islam dah mula berpuasa...

Selamat berpuasa diucapkan kepada semua...perbanyakkanlah amal ibadat...moga Ramadan kali ini menjadi Ramadan yang lebih baik dari yang sebelumnya...

Kerinduan bazar Ramadan terubat jua...hehehe

Insya-Allah...


Saturday, August 8, 2009

Antara Sains Fiksyen dan Realiti

H1N1

Apa kaitan Sains Fiksyen dengna virus H1N1 ini?

Hanya terfikir selepas aku berbalas komen dengan sahabat2 lama tentang virus ini di laman facebook...Menurut sumber (kata rakan aku) jika virus H1N1 ini masih berterusan dan tiada penawar sehingga 2012 kemungkinan rakyat Malaysia boleh MATI KESELURUHANNYA pada tahun tersebut...(namun segalanya masih dalam lingkungan kuasa Allah SWT).

Baru sebentar tadi aku menonton filem I Am Legend lakonan Will Smith. Kotak pemikiran aku sedikit berubah dan hilang fokus semasa menonton filem ini. Bagi sesiapa yang pernah menonton filem ini...pasti anda semua tahu jalan ceritanya...tahun 2012,daripada 6 bilion penduduk dunia, 5.4 bilion mati...less than 1% have the imunity...lebih kurang 12 juta orang kalau tak silap secara matematiknya...tahun 2012...virus yang tersebar membunuh hampir kesemua penduduk dunia...

Filem 2012 yang memaparkan kisah kiamat juga sebenarnya mengadaptasi ramalan saintis zaman lampau yang menjangkakan kiamat akan berlakunya pada tahun 2012...sekali lagi tahun 2012 tersebut digunakan filem2 Barat untuk menunjukkan kemusnahan alam...

Dari sudut agama pula...kita sebagai umat Islam sendiri sedar yang kita sebenarnya tinggal di akhir zaman...cuma kita tidak tahu bila kiamat akan tiba sebenarnya...tanda2 kiamat banyak yang telah kita perhatikan...perlumbaan menara pencakar langit...corruption...dan macam2 lagi...

Sebenarnya...secara peribadi...aku takut...amal yang ada masih nipis jika hendak aku bandingkan dengan ketebalan dosa...

Kiamat pasti akan tiba...cuma kita tidak tahu bila...

Moga Allah selamatkan kita...

Sunday, July 26, 2009

Al-Fatihah

Semoga roh Allahyarhamah Yasmin Ahmad dicucuri rahmat...

Allahyarhamah meninggal dunia pada 11.25 malam 25 Julai 2009 akibat pendarahan teruk di bahagian otak selepas diserang strok secara mengejut...

Takziah buat keluarga Allahyarhamah serta peminat-peminat karya beliau (termasuk ibuku)...

Al-Fatihah...