Sempurna itu subjektif,
Perempuan gemuk juga satu kesempurnaan,
Lelaki tidak bergigi juga satu kesempurnaan,
Sempurna itu bila mata yang melihat,
Hati di dalam terbuka menerima...
Showing posts with label aku dan segalanya. Show all posts
Showing posts with label aku dan segalanya. Show all posts
Sunday, December 5, 2010
Friday, November 19, 2010
Kaya Abah Kau!
Aku minat mamat nih! Penyelamat orang Melayu ni... salute habes
Korang baca la sendiri
Monday, August 30, 2010
Lebaran Ini
Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini
Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakannya, Allah Yang Esa
Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang datang, limpahannya

Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah
Monday, May 17, 2010
Kalau Lelaki Lembut, Perempuan?
Ha! Dunia kan dah nak terbalik, yang lelaki nak jadi perempuan, yang perempuan nak jadi lelaki. Apa nak jadi?
Lelaki yang keperempuanan itu mungkin jiwa-jiwanya sahaja, tapi bila mula mencari lelaki keras dan tulen untuk dijadikan pasangan hidup, jiwa-jiwa atau komplikasi jiwa? Begitu juga dengan perempuan, mungkin hatinya lelaki, tapi bile mencari perempuan ayu sebagai pasangan hidup? hati lelakinya kacau mungkin?
Berjalan ke pelusuk bandar sebenarnya membuka minda (kalau mahu dibukalah minda itu), kita lihat pelbagai jenis manusia, jenis-jenis bangsa, agama, budaya, ragam juga sexual orientation. Cuba fikir mangapa mereka begitu?
Sebagai lelaki lurus yang hanya berminat terhadap kaum hawa, aku sungguh tidak faham fenomena lelaki mencari lelaki serta perempuan mencari perempuan. Bukankah kasih-sayang itu asas kekeluargaan, mengembangkan zuriat, meramaikan umat? Tapi kalau sesama jantina, tidakkah berlaku pembaziran 'benih' di situ? 'Benih' yang mungkin bakal berkembang dan membesar sebagai pemimpin dunia, anak-anak soleh & solehah, namun terbazir di dalam sarung getah berjenama durex!
Agama Islam itu indah bukan? Tak perlulah bercerita panjang lebar dari aspek agama, rasanya, semua (terutama yang beragama Islam) cukup faham hal ini, tapi Allah itu Maha Pengampun, Maha Pemurah & Maha Penyayang. Belum terlambat.
Aku? Aku tidak mendiskriminasi, membenci atau yang sewaktu dengannya, aku sendiri ade teman yang sebegitu, tapi, sebagai teman, molek kiranya aku tegur dan cube memimpin, pokok pangkal perubahan itu, masih di hati kalian.
Bertuhankan Tuhan/nafsu?
Sunday, May 16, 2010
Selamat Hari Guru
Buat semua insan yang bergelar Cikgu, yang mendidik saya terutamanya, dari sekolah rendah sampai la besar bapak orang dah sekarang ni, SELAMAT HARI GURU saya ucapkan. Cikgu-cikgu dari SK Balok Baru (1996-1997), SK Taman Johor Jaya 1 (1997-2001), Sekolah Agama Taman Johor Jaya (1997-2001), MRSM Pontian (2002-2006), KMJ (2007-2008) dan UMP (2008-sekarang). Moga doa cikgu-cikgu dimakbulkan Allah, supaya anak-anak murid cikgu-cikgu berjaya dunia akhirat, moga rezeki cikgu-cikgu dimurahkan Allah!
Doakan saya jadi jurutera kimia yang berjaya lepas grad nanti ye cikgu-cikgu!
Friday, April 30, 2010
Comel 'SANGAT'!!!
Kalau bergambar, suka nak 'bubuh angin dalam mulut', bagi bahagian pipi tu membesar, pastu bubuh muncung bagi panjang, konon nak tembam kot?! Sumpah tak comel!
Kalau menaip, blog ke, facebook ke, myspace ke, ape-apelah kejadahnya, mesti nak letak ...jew, ...kew, ...lorh, ...tomey, ...kowunk & macam-macam lagilah! Sumpah tak comel, dan sangat-sangat menyampah untuk dibaca.
Bahasa Jiwa Bangsa!
Comel Bukan Di Muka!

Sunday, February 14, 2010
Kalaulah Aku Berduit...
Kalau aku ada duit...
Aku nak tukar laptop baru...memandangkan yang sedia ada telah uzur...
Aku nak tukar handphone baru...memandangkan yang sedia ada telah rosak...
Aku nak beli kasut baru...memandangkan kasut lamaku dikebas orang di lab...
Tapi sayangnya, bila dalam keadaan yang mendesak inilah, aku kekeringan...
Kalau jahat, dah lama aku mencuri...tapi aku tidak sejahat itu...
Maka...pendamlah sahaja...Insya-Allah...ada rezeki...ada la...
(sedih sebab hp yang rosak itu adalah hasil titik peluh aku bekerja selama sebulan setengah sebagai buruh kasar!)

Friday, December 25, 2009
Gadis Manis
gadis manis berbaju merah
pujaan hati lelaki sejati
bertumit tinggi berkain belah
sungguh 'mari' sungguh seksi
gadis manis berseluar ketat
buat lelaki jadi resah
baju di dada biar sendat
biar nampak segala lurah
gadis manis sungguh gatal
pandai menggoda lelaki tua
biar berkongsi setilam sebantal
maruah tiada, duit kan ada!
gadis manis punggung lentik
saja ditayang perasan cantik
biar kulit hitam melekit
asal terserlah segala bukit
pujaan hati lelaki sejati
bertumit tinggi berkain belah
sungguh 'mari' sungguh seksi
gadis manis berseluar ketat
buat lelaki jadi resah
baju di dada biar sendat
biar nampak segala lurah
gadis manis sungguh gatal
pandai menggoda lelaki tua
biar berkongsi setilam sebantal
maruah tiada, duit kan ada!
gadis manis punggung lentik
saja ditayang perasan cantik
biar kulit hitam melekit
asal terserlah segala bukit
Sunday, December 13, 2009
Telanjang
Semalam aku ke PC fair, biasalah, dengan Ju & Apis, bebudak kelas aku mase kat MRSM dulu...Poket aku rabak kerana nilai RM110 yang aku bawa pergi hanya tinggal RM3 yang dibawa balek!!Virus punya angkara, habes jahanam laptop dengan PC aku kat umah!!Terpaksa aku beli Kaspersky 2010...(mahal!) tp terpakse jugak aku beli...
Dalam Persada Johor tu, dah mcm pasar malam...setakat bergesel tu da selalu sgt...bukan setakat anak2 dare juge amoi2 cine yang beraneka saiz dan rupe, malah makcik2 tua pun aku 'merasa'...tp bukan sengaja la...nak buat mcm mane...ruang jalan terlalu sempit...dan ramai nak mampos yang dtg PC fair tu...
TELANJANG? ha...ni yang best...ramai la jugak aku tengok anak2 dara (melayu la yg ramai) pakai tudung tp baju KETAT, SENDAT, PADAT & MAMPAT!!
Memang agak bertuah la jugak aku dengan kawan2 aku yg ade (juge kebanyakan lelaki2 mude serta pakcik2 tua yang berjiwa mude) dapat bergesel dengan perempuan2 yang sebegitu rupe...salah siape??? salah penganjur la...tak buat ruang jalan yang luas...hahahaha!!!dan salah anak2 dare tersebut...kami2 yang lelaki ni cume mangse...mujur tak lame aku di situ...mungkin tiada mood...sebab ade kawan aku yg ibu bapenye tgh turun naik mahkamah...menguruskan pnceraian...
p/s: aku menulis kerana bosan...buat member2 BUDDY...aku rindu korg...buat mmber2 UMP...pon gua rindu...chow!

Sunday, November 1, 2009
Terlajak Kata
Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata buruk padahnya...
Maka dengan segala kesilapan kata-kata, mahupun perbuatan, sepuluh jari diatur memohon ribuan ampun dan maaf...
Semoga segala yang dipelajari, diberkati, dirahmati...
Yang terbaik untuk kita...untuk peperiksaan kali ini...

Tuesday, September 15, 2009
Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada:
- Yang terutama - Mak, Ayah dan Adik
- Ahli-ahli keluarga, Pak Ngah sekeluarga, Pak Andak sekeluarga, dan lain-lain lagi
- Yang teristimewa...serta keluarganya ;)
- Member2 dari SKTJJ1 - Mujib, Hasnul, Farid, Yazid, Afiq, dan lain-lain lagi
- Member2 BUDDYputra 02-06 - (ikut tmpt duduk mase F5) Zaim, Kerol, Quek, Wahi, Razaki, Pozan, Qucai, Al, Apis, Paiz, aku, Syazwan, Falihin, Idham, Jono, (budak pompuan aku lupe tmpt duduk) Fareza, Fatin, Yana, Shazlin, Anis, Nurul, Farhana, Zatie, Hayatol, Nadia Ahmad Redzuan, Syuhaida, sape lg ek? Atika Yot!!
- Warga Pioneer MRSM Pontian, BWP, LDP dan lain-lain
- 26-ers KMJ 07-08 serta bebudak Kuliah Hayat 4 (bebudak belakang terutamanya)
- UMP! Biotek - 26 & 27 - Semua2 la...ramai sangat nak taip nama
- Orator - Suria, Kak Mas, Kak Nad, Fendi, Khairi, Jumain, Abg Najmi, Q, Helmi, Ika suka-suka, Mami, Daus, dan semua2 yang berkenaan
- Al-Muttaqin serta penasihat - Ust. Abdul Jawwad
- Guru2 dari SKBB, SKTJJ1, MRSM Pontian, KMJ serta UMP
- Serta semua yang mengenali diri ini
Maaf Zahir dan Batin...
Ada masa lapang, jemputlah datang ke rumah...
Selamat Hari Raya!!!
Wednesday, September 2, 2009
Satu Titik Noktah
Saturday, July 25, 2009
Thursday, July 9, 2009
Hari Ini...
Alhamdulillah...aku tiba juga di usia 20...Allah masih memberi aku peluang...meminjam daripada-Nya setiap nafas...setiap rezeki yang diberi kepada aku...tiada lagi istilah 'belasan tahun' selepas ini...sedih juga...tapi hidup perlu realistik...berpijak di bumi yang nyata...masa akan terus berlalu...yang paling jauh adalah masa lalu...dan yang paling dekat adalah mati...jadi semakin meningkat usia...walaupun baru 20...tak bererti aku tak akan mati di usia muda...siapa tahu esok mungkin aku sudah tiada...
Di 'usia baru' ini...aku mengharapkan perubahan dalam diri (insya-Allah...dalam usaha ke arah itu)...ingin menjadi lebih matang dan menjadi diri sendiri...
Terima kasih kepada sesiapa yang wish...memberi hadiah dan belanja makan...susah2 je...hehehe...Allah sahaja yang dapat membalas budi baik...
Untuk adik yang wish subuh tadi...tq...kerana secara tak langsung mengejut abang bangun subuh...untuk mak ayah...tq belikan basikal...(kira hadiah bday la tu...huhu) dan tq juga kepada insan berkenaan yang call semalam jam 12.02 pagi selama kira2 24 minit...segalanya akan dikenang dan diingati...
Terima kasih semua...

Wednesday, July 1, 2009
Ada Apa Dengan Julai?
1 Julai - Permulaan 'bulan bertuah' dihiasi dengan muke member2 lame 1 sekolah...(kami keluar bersame hari ini...)
2 Julai -Hari Rabu yang masih tiada perancangan...mungkin mule mengemas untuk pulang ke UMP...
3 Julai - Tiada perancangan!
4 Julai - Ke KYS Melaka...sempena pelancaran 100 hari sblm PMR adik aku
5 Julai - Pulang ke UMP!!
6 Julai - Kuliah bermula (katenye...) & hari ulangtahun ke 20 Fatin Fashareena (member sekelas MRSM Pontian)
7 Julai - Kelas...
8 Julai - Kelas...
9 Julai - 20!
10 Julai - Kelas...
11 Julai - Sabtu...tp tiada muvi baru...
12 Julai - Masih tiada muvi baru...
13 Julai - Harry Potter Half Blood Prince keluar wayang!
14 Julai - Leave This Town (album baru Daughtry) release!!! Dan birthday Shazlin Sabaah (juga rakan sekelas MRSM Pontian...hmm...)
15 Julai -19 Julai - Kelas & tiada perancangan luar...
20 Julai - B'day Paiz (nurse terhormat Buddyputra)
21 Julai - 24 Julai - Kelas & tiada perancangan luar...
25 Julai - B'day Hafiz Halim & Cikgu Syahriah (cikgu sejarah aku dari F1-F5)
26 Julai - 30 Julai - Kelas & tiada perancangan luar...
31 Julai - Ulangtahun Perkahwinan Ayah & Mak tercinta yang ke 21!!

Subscribe to:
Posts (Atom)