Showing posts with label hati dan family. Show all posts
Showing posts with label hati dan family. Show all posts

Sunday, October 31, 2010

Nice

Just nice...



Sunday, May 16, 2010

Kepada En. Adam Bin Jais

Selamat Hari Lahir yang ke-49
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
Semoga anak-anak ayah jadi orang yang berjaya
Doakan amy dengan adik berjaya dunia akhirat

(kalau rajin turun la kuantan...hehehe)

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Buat semua ibu, mama, ummi, mummy dan mak d luar sana, Selamat Hari Ibu diucapkan, terutama buat mak, NOR ZABIDALIZA BINTI DALI. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki, dan semoga anak-anak mak jadi orang berjaya. Amin.


Tuesday, March 16, 2010

Thursday, February 25, 2010

Selamat Hari Lahir Mak! ;)

Selamat Hari Jadi Mak...
Semoga Panjang Umur...
Dimurahkan Rezeki...
Dan JANGAN Beranak Lagi...
hehehehe...

Tuesday, January 19, 2010

Al-Karim

KHATAM AL-QURAN
Aku teringat zaman aku belajar mengaji dulu, belajar dengan mak sendiri, mungkin ramai yang rasa belajar dengan ibu sendiri, tak teruk dirotan, dicubit dan dimarah. Nyata pandangan itu silap. Peha aku kebiasaannya bertompok dengan lebam akibat dicubit. Yang panjang aku baca pendek, yang pendek aku panjangkan. Memang kene. Sakit. Sampai aku rasa takut nak mengaji. Tapi di sebalik rasa takut, aku bersyukur kerana hari ini, hasil ajaran mak aku, aku mampu mengaji dengan elok, tajwid, alhamdulillah terjaga. Kerana garang mak aku juga, aku khatam Al-Quran seawal 7 tahun. Entah mengapa, malam ini, aku rindu nak kene pukul, dirotan dan dicubit mak semasa mengaji.



(Aku memang anak mak, sebab garang mak 'turun' kat aku...nasibla...haha)

Tuesday, December 29, 2009

Perut Yang Membuncit

Puasa nasik
Hisap rokok
Coklat Cadbury berulat
Asap tembakau jawa
Juga hembusan kretek indon
Berbaur busuk Jamaica
Dengan wangi kopi panas Sedili
Buang roti telor
Jauhi roti canai

Pilih Yang Mana?

Perutku semakin besar
Aku perlu kurangkan

Aku sedang berpuasa nazar...Syukur Ya Allah...

Wednesday, September 23, 2009

Raya 2009










*******************************************************

Seperti tahun sudah, Raya kini disambut sederhana...aku pulang ke kampung selepas solat sunat Aidilfitri di surau berdekatan rumah aku...bermaaf-maafan...makan...'mengepau' duit raya...walaupun dah season dah pun usia ni nak dapat duit raya, tapi nampaknya tahun ini, rezeki masih ada walau tak sebanyak dulu...hahaha

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa


Kepada ENCIK ADAM BIN JAIS

SELAMAT HARI BAPA!

Wednesday, June 3, 2009

Manis


manis...
te desidero...

Sunday, May 10, 2009

Untuk Mak



Selamat Hari Ibu...

Friday, May 1, 2009

Utara & Selatan

Aku Di Rumah...

dalam hati sudah pasti gembira...almaklum...dapat jumpa family...terutama adik aku (satu-satunya adik beradik aku) yang da hampir sebulan lebih aku tak jumpa...untuk hari pertama aku di rumah...tiada aktiviti yang menarik dapat dilakukan...hanya sekadar menikmati asam pedas ikan merah dan sambal goreng kegemaran aku hasil air tangan mak aku...terfikir jugak...kenapa susah untuk aku 'bertemu' dengan sambal goreng di ump @ kuantan...rasa2nya tak pernah lagi...perancangan untuk esok...masih belum ada...mungkin pulang ke kampung...seronok jugak...ramai sepupu2 aku yang da pulang bercuti sekarang ni...

walau gembira...masih ada yang bermain di fikiran...terbayang selalu (haha)...jauh terpisah...utara dan selatan...satu2nya medium perhubungan...pastinya sms...namun ada juga halangan...hanphone aku rosak dan simkad celcom upax aku menerima kesannya...mujur aku guna 2 nombor...walau kosnya agak tinggi...namun tidak begitu aku hiraukan (boleh tahan penangan 'berjauhan')...yang penting ada khabar berita dari yang jauh...

semoga perjalanmu malam ini selamat ke destinasi...amin...


(jauh tu dari selatan nak ke utara...)