Showing posts with label UMP dan aku. Show all posts
Showing posts with label UMP dan aku. Show all posts

Monday, October 25, 2010

Aku


Ketika ini, aku seperti di atas.

Thursday, August 26, 2010

Aku & Kemerdekaan

Kemerdekaan, di saat ini, aku merasai nikmat bebas, habis semua bebanan telah aku luah dan buang jauh-jauh pagi tadi. Nikmat. Lega. Tenang walau seketika. Aku merdeka dahulu sebelum Malaysia menyambut ulang-tahunnya yang ke-53. Aku dahulu. 

Syukur merdeka kali ini dalam Ramadan. Insya-Allah akan berkurang enzim-enzim penyatu maksiat bertopeng merdeka di malam bebas  itu. Moga malam itu nanti terisi ibadah dan sujud tanda syukur walau selepas 53 tahun, kita masih bersatu atas satu nama, walau berbeza penyatuan bangsa dan agam. Moga ia terus kekal. Aku berdoa agar petualang bertopeng kemanusiaan walau hati seperti syaitan mati lebih awal, tanpa sempat menghancur keharmonian agama dan bangsa yang wujud. Selagi nafasnya, harmoni Malaysia ibarat telur di hujung tanduk, penyatuannya itu berasaskan darah perpecahan. Fahaman Zionis yang jelas tapi sengaja dibutakan. Propaganda agar kubah hijau jatuh ke tangan. 

Aku juga berharap agar penakluk kini lebih merdeka memperjuang agama, tidak hanya bangsa.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53




Sunday, August 15, 2010

Dicks

OK, first of all, I'm not racist but what's wrong with you Chinese people? Have you ever close that damn toilet door before you do some shit in that small room? Trust me pal, nobody wants to see your 'big john'!! (although it's not that big). After you taking shit, have you ever clean it up or even flush the toilet? Your leftovers wasn't a beauty buddy, it's disgusting! We're civilized people, well educated person, but what the hell were you thinking? We're not 4 years old kid anymore, need someone to guide you to clean up after using a toilet!! You're 20 or even more for God's sake!! Flush the toilet you idiot!! Close that damn door before you pee!!



Wednesday, May 12, 2010

Wilson

Aku perlu Wilson sekarang ni!

Thursday, April 29, 2010

Somewhere I Belong

It's not hard to find, to realize the real place that is not belong to me. Well, somehow I think that was the best place where I could be, but not anymore since people around me did not realize that I'm around.

I think it's best for me to move on, leave 'that tiny world' of them, and do find myself a real place, that actually be a place that I really belong to.

Goodbye, may God be with all of you...


Sunday, April 18, 2010

Sesaat Dua

sesaat dua...

awal lagi
masih lapang
boleh tenang
masih...

sesaat dua...

tutup dulu
buka lagi nanti
bila tergerak hati
kalau...

sesaat dua...

rehat sekejap
tidur terlelap
nanti sedar
lambat...

sesaat dua...

esok dah mula
ada masa?
positif saja
'hebat'...

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR SAHABAT-SAHABAT...


Thursday, December 31, 2009

Berpayung Itu Gedik?

Tidak wajarkah lelaki berpayung di tengah panas?
Adakah payung hanya boleh digunakan kaum Hawa?

Wednesday, November 18, 2009

Last Paper!!

Walau dah beribu mahasiswa se-Melaysia yang da ada kat kampung masing2 (sebab dah habis final)...aku tetap berbangga untuk menguumkan yang kurang 2 jam dari post ini ditulis...paper terakhir aku akan dijawab...(insya-Allah)...dan 3 jam selepas itu...aku sudah BEBAS!!!

Ya Allah Ya Tuhanku...
Berikanlah Adnor Alhaimi Bin Adam ketenangan...keupayaan...kekreatifan dan keyakinan dalam menjawab kertas terkahirnya...Engineering Mechanic...Moga beliau lulus dengan cemerlangnya untuk subjek ini...juga dengan subjek2 yang lain...Amin...

Thursday, July 30, 2009

Rumahku Syurgaku

Akhirnya...selepas beberapa minggu merempat di rumah orang, aku akhirnya menetap di tempat sendiri...KK4 telah pun dibuka...Walaupun tiada janaan elekterik yang tetap (hanya menggunakan generator) aku masih berpuas hati dan lega...

Maka selepas ini...rasmilah aku sebagai penghuni KK4 Blok B GF14...

Terima kasih kepada Mus & ahli rumah yang lain di blok F KK2 kerana memberi tumpang!


Saturday, July 25, 2009

Kecelaruan Di Tengah Malam

Sesungguhnya pada ketika ini...aku hanya mampu berdoa agar segala yang dirancang berjalan dengan lancar...Walaupun 90% daripada keyakinan telah lenyap...namun cahaya 10% yang tinggal aku kira belum terpadam...setidak-tidaknya sehingga Isnin ini...

Aku terasa bersalah yang amat sangat terhadap ahli2 kumpulan aku...terutama Suria...Eqa, Dilla & Loy sekiranya aku gagal membawa mereka ke Johor Bahru untuk projek II...Aku yang mencadangkan...tapi kalau gagal...serius kepala aku tengah serabut...

Aku sedang mencari ikhtiar...kalau2 balasan yang aku bakal terima Isnin ini negatif...

Thursday, June 11, 2009

Jakun

Aku dilanda kejakunan...

Jahanam punya jakun!!

Menagapa?

Tuesday, May 5, 2009

Pulang...

hari ini jam 11 malam...aku akan pulang...pulang ke UMP...

da sedap di rumah...pastinya berat hendak pulang semula ke UMP...tapi tak mengapa...rasa2nya belum pernah aku korbankan cuti aku sejak zaman sekolah dulu...

lagipun ramai kawan2 aku yang tak balik kerana ada short sem...masum dll...so mungkin ada yang menarik nnt...

Thursday, April 30, 2009

Penghujung April

diam tak diam...sudah hampir setahun aku bergelar mahasiswa Universiti Malaysia Pahang...sememangnya telah banyak yang aku belajar...bukan hanya sekadar akademik...banyak lagi cabang ilmu yang telah aku pelajari sepanjang aku bergelar pelajar UMP...

teringat sekitar julai tahun lalu...aku di dalam dilema...puas aku minta petunjuk dari Allah...mohon agar mak ayah aku doakan agar aku membuat pilihan yang betul...akhirnya aku pilih untuk ke MSU...untuk menyambung pelajaran dalam bidang farmasi...namun sudah tertulis...farmasi di MSU bukan rezeki dan milik aku...Allah telah tentukan bahawa itu bukan yang terbaik untuk aku mungkin...ditakdirkan...hari di mana sepatutnya aku ada temuduga di MSU merupakan hari pendaftaran subjek di UMP bagi pelajar2 baru...aku seolah-olah buntu...akhirnya aku memilih untuk tidak pergi temuduga...

selang beberapa bulan selepas itu...sekali lagi tawaran lain muncul...juga dalam bidang farmasi...tapi kali ini di Kolej Universiti Masterskill...program twinning bersama La Trobe University, Australia...kali ini aku nekad...aku hendak juga mencapai cita-cita sebagai ahli farmasi...aku tinggalkan UMP dengan senang hati...mak ayah juga menyokong...sampai di sana...RM1000 pendahuluan yuran ayah aku bayarkan...selepas beberapa ketika...selepas diteliti sebarang kemungkinan dan risiko...akhirnya...sekali lagi Allah telah tunjuk kepada aku...farmasi bukan rezeki aku...

secara jujur...dalam tempoh beberapa minggu selepas kedua-dua kejadian...hati aku masih tiada di UMP...dan alhamdulillah...akhirnya Allah buka pintu kesedaran...UMP adalah yang terbaik untuk aku...

dalam kata mudah...2-2 kejadian ini mengajar aku erti syukur...syukur aku di UMP sedang kawan2 aku ada yang tak dapat menyambung pelajaran dan sebagainya...

di penghujung april ini...di penghujung sem 2 tahun 1 pengajian aku...aku harapkan apa yang aku pelajari dapat aku kongsi dan dijadikan tauladan terutama kepada adik aku...harap2 sem akan datang aku jadi insan yang lebih matang...lebih berjaya...

penghujung april ini membawa seribu satu makna untuk aku...terlalu banyak pahit dan manis yang telah aku lalui...di UMP...

Wednesday, April 29, 2009

Cinta Thermo dan JB

ketika post ini ditulis...hanya tinggal kira2 2 jam setengah sebelum aku menjawab paper yang terakhir aku...

sudah bersedia ke?hebat ke?pandai ke? aku sendiri kurang pasti...kerana terasa tepu...aku menulis la di blog...

selesai menjawab nanti...berkemas la pulak...almaklum...besok nak pulang ke JB!pulang tak sampai seminggu da kene balik semula ke ump...ada kem debat...tak pasti sampai bila...

perancangan cuti di JB...pastinya aku nak pusing2 JB...da lama jugak rasanya tak jalan2...TGV cinema lokasi wajib...aku nak tgk x-men origin dengan adik aku...mungkin hari sabtu nanti...ahad mungkin balik ke kampung...(indahnya cuti...)

tapi indah macam mana pun cuti aku nanti...masih ada paper yang perlu aku selesaikan petang ni...moga2 aku boleh jawab...insya-Allah....begitu jugak dengan kawan2 aku yang lain...

Monday, April 20, 2009

Apakah?

Lega? Risau? Takut? Pening?

ha!lepas sudah paper yang paling aku takut untuk hadapi semester ni...engineering mathematics 2...dengan test 1 & 2 yang sangat2 tak membantu...aku benar2 mengharapkan keajaiban akan berlaku untuk paper final ni...sekurang-kurangnya aku kene skor SEPARUH paper final ni untuk HANYA LULUS subjek ini...aku perlu lulus untuk mengelak daripada menjadi 'super senior'...(aku tak pasti...hanya mengikut berkira-kira sendiri)

bertanya kepada rakan2 yang jauh lebih pandai (kerana markah mereka jauh beza dengan aku sebelum2 ini) mereka sendiri kurang yakin...(apatah lagi aku....)

namun aku percaya kepada rezeki...kehendak Allah...mungkin aku masih kurang usaha sekiranya gagal...tak bererti Allah 'melupakan' aku...mungkin aku yang melupakan Dia...

banyak yang perlu diubah mungkin dalam hidup ini...yang nyata...hati aku ni 'semakin jauh' dengan subjek kira-kira...aku lebih suka subjek2 yang menuntut pemahaman konsep (walau tak juga sehebat orang lain)...

(entah apa2 aku membebel hari ni...)



moga Allah membantu aku untuk paper2 akan datang...insya-Allah....