Ok, sebagai peminat TV series macam HIYM, Big Bang Theory, Supernatural, etc. banyak benda yang buat aku terfikir sebenarnya. Mempengaruhi dalam dunia realiti pun ada! Contohnya, aku demo dekat budak sekolah rendah macam mana nak buat buih guna hydrogen peroxide, detergent dengan potassium iodide. Aku ambil dari salah satu episod The Big Bang Theory.
Post aku kali ini banyak berkaitan dengan The Big Bang Theory sebenarnya, Sheldon Cooper masuk U pada usia 11 tahun, selepas 5th Grade. Aku terfikir betapa mudahnya konsep pembelajaran di Amerika, benar-benar memberi kebebasan kepada sesiapa yang 'sudah mampu' dari aspek ilmu, IQ dan kemampuan otak. Tidak seperti di Malaysia, genius-genius seperti Adi Putra contohnya, terpaksa masuk ke darjah 1 dan belajar sama seperti budak-budak yang masih tak kenal 1 sampai 10! Sedangkan beliau sudah mampu menyelesaikan masalah matematik taraf tinggi tanpa kalkulator!!
Banyak alasan yang aku dengar sebenarnya, contohnya, Adi Putra masih tidak tahu membaca dan sebagainya. Secara peribadi, aku tidak bersetuju dengan pelaksanaan akademik di negara kita. Ya, mungkin benar seperti yang didakwa, Adi Putra masih belum boleh membaca, tapi apa salahnya sukatan pelajaran untuk Adi Putra diasingkan daripada yang lain, terutama subjek matematik. OK, secara logik, adalah mustahil untuk Adi Putra ke Universiti pada usia 7-8 tahun, beliau perlu bimbingan orang tua dan masih terlalu muda untuk hidup berdikari di universiti. Tetapi, tidak ada salahnya kalau Adi Putra ini dipupuk dengan ilmu yang masih belum beliau mahir, hanya sebagai asas. Contohnya, letakkan beliau dalam kelas Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu bersama-sama dengan rakan lain dengan sukatan pelajaran yang sama, bagi membolehkan beliau fasih berbahasa dan hebat dalam tulisan. Tetapi untuk subjek matematik, beri dia sukatan yang jauh lebih tinggi, jika perlu, letakkan professor universiti sebagai guru beliau. Dengan itu, mungkin selepas 2-4 tahun belajar subjek lain sebagai asas, dan dalam masa yang sama mengukuhkan kedudukan serta aras ketinggian ilmu beliau dalam matematik, beliau mungkin boleh mengambil jurusan berkaitan matematik pada usia 11-13 tahun dan jika berjaya, mungkin pada usia 15 tahun, beliau sudah ada Ph.D dalam jurusan matematik!
Nah, kan sudah ada genius muda yang berjaya pada usia muda. Sistem pembelajaran di Malaysia mungkin cukup mungkin tidak, namun, jika kena gayanya, difleksibelkan sebolehnya, genius-genius muda seperti Adi Putra ini dapat diselamatkan daripada terus sesat dan akhirnya tidak memberi keuntungan kepada negara. Sejarah telah membuktikan betapa kita telah bazirkan sejumlah umat genius di negara kita.
Entah mengapa, ini benda yang aku fikirkan sejak kebelakangan ini, secara jujurnya, aku kasihan dengan Adi Putra, beliau seorang yang hebat, seawal usia 5-6 tahun, beliau telah berjaya mencipta konsep kira-kira sendiri, sesuatu yang langsung tidak terfikir oleh aku walaupun telah berusia 21 tahun dan mengambil jurusan kejuruteraan. Sayang seribu kali sayang andai modal insan semolek Adi Putra ini nanti terbuang begitu sahaja.
haha..sheldon 2 bukn btol2 pon do..
ReplyDeletepd pndapat ak,
bg la chance adi putra mmbesar mcm budk2 lain, ksian do dy, xkn nk blaja je, dy pon nk cri kwn gk, cri awek, jd top student kt klas, cikgu puji, kne tibai ngn senior, 2 sume experience, experience pon pntg gk dlm idup ni, klu tibe2 msuk U, x amek ujian PAFA kt skola cmne dy nk taw cara mnd wajib..hahaha
hahaha!!bangang!
ReplyDeletexde aa...pendapat je do...kt malaysia ramai da genius mase budak pastu jd mat gian da besar...
tgk sufiyah...genius nk mmpos...pastu jd pros la shal...(mantap!!)
aku cuak adi putra jd gigolo je do...
tp fact do!!amerika mmg boleh masuk u kalau IQ ko tggi...even baru belas2..
haha..sheldon mng best comedy actor shal kt Emmys,
ReplyDeleteBarney tcalon supporting comedy actor tp xmng, damn it.