Thursday, August 26, 2010

Aku & Kemerdekaan

Kemerdekaan, di saat ini, aku merasai nikmat bebas, habis semua bebanan telah aku luah dan buang jauh-jauh pagi tadi. Nikmat. Lega. Tenang walau seketika. Aku merdeka dahulu sebelum Malaysia menyambut ulang-tahunnya yang ke-53. Aku dahulu. 

Syukur merdeka kali ini dalam Ramadan. Insya-Allah akan berkurang enzim-enzim penyatu maksiat bertopeng merdeka di malam bebas  itu. Moga malam itu nanti terisi ibadah dan sujud tanda syukur walau selepas 53 tahun, kita masih bersatu atas satu nama, walau berbeza penyatuan bangsa dan agam. Moga ia terus kekal. Aku berdoa agar petualang bertopeng kemanusiaan walau hati seperti syaitan mati lebih awal, tanpa sempat menghancur keharmonian agama dan bangsa yang wujud. Selagi nafasnya, harmoni Malaysia ibarat telur di hujung tanduk, penyatuannya itu berasaskan darah perpecahan. Fahaman Zionis yang jelas tapi sengaja dibutakan. Propaganda agar kubah hijau jatuh ke tangan. 

Aku juga berharap agar penakluk kini lebih merdeka memperjuang agama, tidak hanya bangsa.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-53




No comments:

Post a Comment