Thursday, July 30, 2009

Rumahku Syurgaku

Akhirnya...selepas beberapa minggu merempat di rumah orang, aku akhirnya menetap di tempat sendiri...KK4 telah pun dibuka...Walaupun tiada janaan elekterik yang tetap (hanya menggunakan generator) aku masih berpuas hati dan lega...

Maka selepas ini...rasmilah aku sebagai penghuni KK4 Blok B GF14...

Terima kasih kepada Mus & ahli rumah yang lain di blok F KK2 kerana memberi tumpang!


Sunday, July 26, 2009

Al-Fatihah

Semoga roh Allahyarhamah Yasmin Ahmad dicucuri rahmat...

Allahyarhamah meninggal dunia pada 11.25 malam 25 Julai 2009 akibat pendarahan teruk di bahagian otak selepas diserang strok secara mengejut...

Takziah buat keluarga Allahyarhamah serta peminat-peminat karya beliau (termasuk ibuku)...

Al-Fatihah...

Saturday, July 25, 2009

Kecelaruan Di Tengah Malam

Sesungguhnya pada ketika ini...aku hanya mampu berdoa agar segala yang dirancang berjalan dengan lancar...Walaupun 90% daripada keyakinan telah lenyap...namun cahaya 10% yang tinggal aku kira belum terpadam...setidak-tidaknya sehingga Isnin ini...

Aku terasa bersalah yang amat sangat terhadap ahli2 kumpulan aku...terutama Suria...Eqa, Dilla & Loy sekiranya aku gagal membawa mereka ke Johor Bahru untuk projek II...Aku yang mencadangkan...tapi kalau gagal...serius kepala aku tengah serabut...

Aku sedang mencari ikhtiar...kalau2 balasan yang aku bakal terima Isnin ini negatif...

Simple

Kembali simple...gelap...ditemani kias spektrum yang memang aku minati...

Mood untuk memandu mati seketika...Hasilnya...Tiket pulang ke Kuantan tengah malam esok belum aku beli...Aku melayan internet berjam-jam lamanya...Membaca segala macam yang terlintas di kepala...Bosan membaca...aku update blog...Aku ubah segala yang aku rasa mahu diubah...maka...inilah hasilnya...

Pengganas

Di mata Barat (juga sebahagian bukan Islam Malaysia), Islam itu pengganas...agama yang mengajar keganasan...menidakkan kedamaian...keamanan...

Pantang ada isu pengeboman, masyarakat Islam pasti menjadi sasaran...Baru beberapa hari yang lepas kita bersama-sama dikejutkan dengan isu pengeboman 2 hotel di Indonesia...Secara peribadi aku lantas teringat tentang Imam Samudera dan pengeboman di Bali beberapa tahun yang sudah...Pandangan peribadi aku...mereka2 yang mengaku memperjuang agama Islam tetapi membunuh dengan cara mengebom kelab2 malam, hotel adalah golongan hipokrit, bodoh dan boleh aku kategorikan sebagai sesat! Ekstrimis agama yang tidak bertempat, sombong kerana percaya dirinya alim ulama', tetapi menyalahi hukum2 agama dan menidakkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W...

Golongan2 seperti inilah yang merosakkan imej Islam di mata dunia...mereka2 inilah yang menyebabkan Nabi junjungan kita dihina...diejek...bila diejek dihina...mereka berang...marah...menuduh orang kafir dan sebagainya...tetapi mereka inilah sebenarnya yang menjadi punca...

Berjuang di jalan Allah atau jihad itu betul...tiada salah malah terlalu mulia di sisi Allah...namun dari apa yang aku lihat...tafsiran jihad di mata mereka ini salah...mereka membunuh orang2 bukan Islam yang berhibur di kelab malam (seperti yang terjadi di Bali)...adakah mereka ini mengancam kedudukan dan kemuliaan agama kita?Aku kira tidak...mereka datang untuk melancong...dan masuk ke Indonesia secara sah...dan apabila masuk ke sesebuah negara secara sah...baik Islam atau tidak...menjadi tanggungjawab bersama untuk menjaga kebajikan pelawat tersebut...sekiranya tidak...Rasulullah sendiri bersabda....ianya seolah2 menyakiti diri baginda...dan apabila diri baginda disakiti...ianya sama dengan menyakiti Allah S.W.T...Adakah dengan membunuh pelancong Amerika ini dikatakan sebagai jihad di jalan Allah?Aku kira tidak

Daripada mereka sibuk mengebom hotel2...kelab malam dan sebagainya...mengapa tidak mereka gunakan dana yang mereka ada untuk ke Palestin dan sama2 mengebom kereta-kereta kebal milik Yahudi dan Israel?Aku kira ini baru jalan jihad yang betul...berkiblatkan ajaran Allah...kerana Yahudi yang membunuh orang Islam dan ingin meruntuhkan Al-Aqsa ini jelas dapat kita lihat mengancam kedudukan agama kita...

KEGANASAN bukan cara Islam...jika kita belajar sirah sekalipun...jika kita hayati betul2...ISLAM ADALAH AGAMA KEDAMAIAN...kita lihat bagaimana pembukaan MAKKAH oleh Rasulullah S.A.W melalui 4 penjuru...Rasulullah memerintahkan agar pejuang Islam membawa pedang namun pedang itu harus sentiasa berada di dalam sarung MELAINKAN DIANCAM PIHAK MUSUH...kita dibenarkan berperang...sekiranya diancam musuh...dan sebab itu aku tidak fikir mengebom tempat2 awam seperti hotel dan kelab malam adalah jihad yang betul...

Aku akui...ilmu agama yang aku ada ini terlalu cetek...berbanding dengan orang2 lain...tidak juga aku katakan aku ini betul 100%...masih terlalu ramai orang yang jauh lebih banyak ilmu agamanya berbanding aku...namun aku kira dengan ilmu agama yang terlalu cetek yang aku miliki ini...aku bersyukur...kerana aku masih boleh berfikiran waras dan mengaplikasi ilmu yang aku ada...betulkan aku sekiranya aku salah...

Yang baik datangnya tak lain dari Allah...dan yang buruk pastinya dari aku sendiri...

Wednesday, July 22, 2009

Aku Ingin Ke Tanah Suci


Sejujurnya aku sedang terlalu ingin ke sana...

Wednesday, July 15, 2009

Maruah Insan Hebat

Hebat...

Lumrah dunia...bila kita rasa hebat...maruah kita kononnya jauh lebih tinggi...lebih dihormati...konon2nya...

Namun bila yang 'tidak hebat' di mata 'yang hebat' ini memperoleh sesuatu...yang mungkin di luar jangkaan...mungkin juga langsung tak diterima akal...apa 'yang hebat' ini akan lakukan?Terima bulat2?Pasti?Tidak...Kalau ya...mengapa 'tidak hebat' ini dilayan seperti sampah?Serba-serbi...semuanya tak kena...Cukup pantang melihat yang kurang...'yang hebat' pasti akan serang...menunjukkan betapa hebatnya...betapa betulnya dia...'yang hebat'...

Yang 'tidak hebat' buat apa?Diam...salah apa yang dilakukan?ada...mungkin tiada...kalau ada...mungkin tiada kaitan dengan 'yang hebat'...'tidak hebat' ini tak pernah mengusik...mengutuk...tapi...masih menerima nasib yang sama...saban hari...

Apa salah 'tidak hebat' ini peroleh sesuatu...?

Ingatlah...mungkin kita hebat sekarang...mungkin kita hebat dalam dunia kita...

Tapi biar bersuluh...tak semesti kita hebat dalam dunia orang lain...

Aku juga berhak...

Sesungguhnya aku letih...


Tuesday, July 14, 2009

Siapa Tahu?

Orang tidak tahu...

Saturday, July 11, 2009

Membudayakan Bahasa Inggeris

Setiap bait kata yang berikut hanyalah pandangan peribadi aku semata-mata...

Masih berbicara tentang PPSMI...aku masih lagi tidak mengubah pendirian menyokong PPSMI ini...masih sedih kerana PPSMI telah pun dimansuhkan...bermula 2012...

Kegagalan diukur berdasarkan pencapaian akademik para pelajar...YA...diakui...begitu ramai yang mencapai keputusan tidak memberangsangkan...namun sedar atau pun tidak...perkara ini berlaku kerana penggunaan Bahasa Inggeris itu masih diperingkat PELAKSANAAN dan belum pun mencapai tahap MEMBUDAYAKAN...

Membudayakan sesuatu yang baru tidak mengambil masa yang singkat...ibarat kita mula2 mahu membudayakan penggunaan telefon bimbit...realiti pada hari ini...walaupun telefon bimbit mempunyai banyak ciri-ciri canggih seperti internet HSDPA,live webcam & sebagainya...sedar atau pun tidak...peratusan pengguna yang mengoptimumkan penggunaan ciri-ciri canggih ini masih rendah...walau sejauh mana setinggi mana teknologi yang ada pada telefon bimbit yang dimiliki...pengguna masih menjadi 'regular customers' kepada aplikasi SMS dan panggilan sahaja...MENGAPA? Kerana penggunaan teknologi canggih pada telefon bimbit tersebut masih di peringkat PELAKSANAAN dan belum lagi DIBUDAYAKAN...tidak seperti di Jepun...

PEMAHAMAN itu penting...YA...sekali lagi aku akui...namun sedar atau pun tidak...di setiap peringkat pendidikan tinggi di MALAYSIA...100% IPTA & IPTS menggunakan buku2 teks berBAHASA INGGERIS terutama bagi subjek2 SAINS dan MATEMATIK...Adakah pada hari ini kita perlu menunggu hingga ke menara gading barulah jatuh hukum perlu bagi kita untuk belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris?Mengapa tidak kita mulakan di peringkat awal?Tidakkah anda semua kaji...berapa ramai pelajar2 matrikulasi yang menjawab peperiksaan subjek2 Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu sedangkan kertas soalan dalam Bahasa Inggeris?Perkara ini mungkin dapat dikurangkan atau dielakkan terus 100% sekiranya pendidikan subjek2 Sains dan Matematik ini disalur dalam Bahasa Inggeris sejak di peringkat awal...

Kita perlu realistik...kita tidak boleh menghukum sesuatu perancangan untuk masa hadapan dengan hanya melihat pada kesan awal...seperti yang telah diceritakan awal2 tadi...ianya belum lagi di peringkat MEMBUDAYAKAN...

Bukan tidak cinta atau meminggirkan Bahasa Melayu...aku juga menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan sehari-hari...namun bagi aku...tidak wujud istilah membelakangkan Bahasa Melayu sekiranya pendidikan Sains & Matematik dijalankan dalam Bahsa Inggeris...

Bukan bertindak biadab...bukan juga hendak merendah2kan pejuang bahasa...seperti A. Samad Said...yang beriya2 mahu PPSMI dimansuhkan...pada pendapat aku secara peribadi...golongan2 ini tidak telus...menetang yang nampak di mata...dan tidak yang seolah tersembunyi...bukan juga menentang kerajaan...namun bagi aku...kerajaan juga tidak telus dalam isu PPSMI ini...

AKU BERI CONTOH:

http://www.moe.gov.my/
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
moe-ministry of education (BM @ BI?)

http://www.mot.gov.my/
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA
mot-ministry of transports (BM @ BI?)

http://www.moh.gov.my/
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
moh-ministry of health (BM @ BI?)

http://www.mohe.gov.my/
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
mohe-ministry of higher education (BM @ BI?)

...gov.my/
gov-government (BM @ BI?)

Maka pada aku...penentangan yang dilakukan tidak telus...

Realiti pada hari ini...begitu banyak istilah Bahasa Inggeris yang di-Melayukan...takkanlah perlu kita alih semua bahasa2 Sains dalam Bahsa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu hanya kerana mahu memenuhi tuntutan pejuang bahasa ini?

Sedarlah...pendidikan biarlah dari rebungya...kerana masih boleh dilentur dan dibentuk...jika sudah menjadi buluh...silap lentur...patah...pecah...Pendidikan di peringkat tinggi kesemuanya dalam Bahasa Inggeris...bukalah mata...bukalah minda...jangan dihukum generasi akan datang dengan pemikiran zaman2 sudah...dunia kita sudah berubah...BANGUN...jangan sibuk memperjuang sesuatu yang memberi kepuasan diri...namun meyeksa anak2 sendiri...jangan disanjung 'mereka' yang hanya berpaksikan politik semata...sedang kita perlu lebih dari itu...

SEDARLAH...

p/s: maaf buat mereka yang membaca...yang mungkin bercanggah dengan apa yang aku fikirkan...bukan berniat kurang ajar atau biadab...hanya memikirkan apa yang perlu...untuk generasi aku sendiri...dan generasi2 akan datang...Melayu perlu berfikir di luar kotak...sekiranya tidak...kita akan terus begini...sampai mati...BANGUNLAH...

MAAF...

Thursday, July 9, 2009

PPSMI Mansuh

PPSMI DIMANSUHKAN...MENGAPA??

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai

Tag Dari Dia

1. Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" untuk diletak di Blog anda


2. Link/Ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda
Siapa? Suria Mahmud...Cerita? Biarlah rahsia...

3. Setiap blogger perlu menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya
1. Penyabar...
2. Sedikit sensitif...terutama berkaitan dengan peribadi
3. Minat F1 - Team McLaren!! Sejak zaman Mika Hakinen lagi...
4. Penyokong Liverpool F.C
5. Bekas penyanyi nasyid...amacam?
6. Bekas pelakon teater muzikal...amacam jugak?
7. Ayah & Tun Dr. Mahathir = idola sepanjang zaman!
8. Pendek dan berharap bertemu jodoh dengan yang lebih tinggi...hehe
9. Tidak suka marah2...
10. Lahir genap setahun selepas kematian orang yang amat disayangi Mak...Arwah Nenek Maimunah...

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog
1. Loy
2. Mell
3. Sesiapa yang rajin
4. Tiada lagi...habis idea...

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di-tag, sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda"

Hari Ini...

Alhamdulillah...aku tiba juga di usia 20...Allah masih memberi aku peluang...meminjam daripada-Nya setiap nafas...setiap rezeki yang diberi kepada aku...tiada lagi istilah 'belasan tahun' selepas ini...sedih juga...tapi hidup perlu realistik...berpijak di bumi yang nyata...masa akan terus berlalu...yang paling jauh adalah masa lalu...dan yang paling dekat adalah mati...jadi semakin meningkat usia...walaupun baru 20...tak bererti aku tak akan mati di usia muda...siapa tahu esok mungkin aku sudah tiada...

Di 'usia baru' ini...aku mengharapkan perubahan dalam diri (insya-Allah...dalam usaha ke arah itu)...ingin menjadi lebih matang dan menjadi diri sendiri...

Terima kasih kepada sesiapa yang wish...memberi hadiah dan belanja makan...susah2 je...hehehe...Allah sahaja yang dapat membalas budi baik...

Untuk adik yang wish subuh tadi...tq...kerana secara tak langsung mengejut abang bangun subuh...untuk mak ayah...tq belikan basikal...(kira hadiah bday la tu...huhu) dan tq juga kepada insan berkenaan yang call semalam jam 12.02 pagi selama kira2 24 minit...segalanya akan dikenang dan diingati...

Terima kasih semua...


Friday, July 3, 2009

BITCH!!


She's a BITCH!!

Manohara nama pompuan sundal ni!!sesuke hati jek nak ngutuk2 Malaysia...tak malu...

Wednesday, July 1, 2009

Ada Apa Dengan Julai?

1 Julai - Permulaan 'bulan bertuah' dihiasi dengan muke member2 lame 1 sekolah...(kami keluar bersame hari ini...)

2 Julai -Hari Rabu yang masih tiada perancangan...mungkin mule mengemas untuk pulang ke UMP...

3 Julai - Tiada perancangan!

4 Julai - Ke KYS Melaka...sempena pelancaran 100 hari sblm PMR adik aku

5 Julai - Pulang ke UMP!!

6 Julai - Kuliah bermula (katenye...) & hari ulangtahun ke 20 Fatin Fashareena (member sekelas MRSM Pontian)

7 Julai - Kelas...

8 Julai - Kelas...

9 Julai - 20!

10 Julai - Kelas...

11 Julai - Sabtu...tp tiada muvi baru...

12 Julai - Masih tiada muvi baru...

13 Julai - Harry Potter Half Blood Prince keluar wayang!

14 Julai - Leave This Town (album baru Daughtry) release!!! Dan birthday Shazlin Sabaah (juga rakan sekelas MRSM Pontian...hmm...)

15 Julai -19 Julai - Kelas & tiada perancangan luar...

20 Julai - B'day Paiz (nurse terhormat Buddyputra)

21 Julai - 24 Julai - Kelas & tiada perancangan luar...

25 Julai - B'day Hafiz Halim & Cikgu Syahriah (cikgu sejarah aku dari F1-F5)

26 Julai - 30 Julai - Kelas & tiada perancangan luar...

31 Julai - Ulangtahun Perkahwinan Ayah & Mak tercinta yang ke 21!!