Saturday, July 25, 2009

Pengganas

Di mata Barat (juga sebahagian bukan Islam Malaysia), Islam itu pengganas...agama yang mengajar keganasan...menidakkan kedamaian...keamanan...

Pantang ada isu pengeboman, masyarakat Islam pasti menjadi sasaran...Baru beberapa hari yang lepas kita bersama-sama dikejutkan dengan isu pengeboman 2 hotel di Indonesia...Secara peribadi aku lantas teringat tentang Imam Samudera dan pengeboman di Bali beberapa tahun yang sudah...Pandangan peribadi aku...mereka2 yang mengaku memperjuang agama Islam tetapi membunuh dengan cara mengebom kelab2 malam, hotel adalah golongan hipokrit, bodoh dan boleh aku kategorikan sebagai sesat! Ekstrimis agama yang tidak bertempat, sombong kerana percaya dirinya alim ulama', tetapi menyalahi hukum2 agama dan menidakkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W...

Golongan2 seperti inilah yang merosakkan imej Islam di mata dunia...mereka2 inilah yang menyebabkan Nabi junjungan kita dihina...diejek...bila diejek dihina...mereka berang...marah...menuduh orang kafir dan sebagainya...tetapi mereka inilah sebenarnya yang menjadi punca...

Berjuang di jalan Allah atau jihad itu betul...tiada salah malah terlalu mulia di sisi Allah...namun dari apa yang aku lihat...tafsiran jihad di mata mereka ini salah...mereka membunuh orang2 bukan Islam yang berhibur di kelab malam (seperti yang terjadi di Bali)...adakah mereka ini mengancam kedudukan dan kemuliaan agama kita?Aku kira tidak...mereka datang untuk melancong...dan masuk ke Indonesia secara sah...dan apabila masuk ke sesebuah negara secara sah...baik Islam atau tidak...menjadi tanggungjawab bersama untuk menjaga kebajikan pelawat tersebut...sekiranya tidak...Rasulullah sendiri bersabda....ianya seolah2 menyakiti diri baginda...dan apabila diri baginda disakiti...ianya sama dengan menyakiti Allah S.W.T...Adakah dengan membunuh pelancong Amerika ini dikatakan sebagai jihad di jalan Allah?Aku kira tidak

Daripada mereka sibuk mengebom hotel2...kelab malam dan sebagainya...mengapa tidak mereka gunakan dana yang mereka ada untuk ke Palestin dan sama2 mengebom kereta-kereta kebal milik Yahudi dan Israel?Aku kira ini baru jalan jihad yang betul...berkiblatkan ajaran Allah...kerana Yahudi yang membunuh orang Islam dan ingin meruntuhkan Al-Aqsa ini jelas dapat kita lihat mengancam kedudukan agama kita...

KEGANASAN bukan cara Islam...jika kita belajar sirah sekalipun...jika kita hayati betul2...ISLAM ADALAH AGAMA KEDAMAIAN...kita lihat bagaimana pembukaan MAKKAH oleh Rasulullah S.A.W melalui 4 penjuru...Rasulullah memerintahkan agar pejuang Islam membawa pedang namun pedang itu harus sentiasa berada di dalam sarung MELAINKAN DIANCAM PIHAK MUSUH...kita dibenarkan berperang...sekiranya diancam musuh...dan sebab itu aku tidak fikir mengebom tempat2 awam seperti hotel dan kelab malam adalah jihad yang betul...

Aku akui...ilmu agama yang aku ada ini terlalu cetek...berbanding dengan orang2 lain...tidak juga aku katakan aku ini betul 100%...masih terlalu ramai orang yang jauh lebih banyak ilmu agamanya berbanding aku...namun aku kira dengan ilmu agama yang terlalu cetek yang aku miliki ini...aku bersyukur...kerana aku masih boleh berfikiran waras dan mengaplikasi ilmu yang aku ada...betulkan aku sekiranya aku salah...

Yang baik datangnya tak lain dari Allah...dan yang buruk pastinya dari aku sendiri...

No comments:

Post a Comment