Saturday, July 11, 2009

Membudayakan Bahasa Inggeris

Setiap bait kata yang berikut hanyalah pandangan peribadi aku semata-mata...

Masih berbicara tentang PPSMI...aku masih lagi tidak mengubah pendirian menyokong PPSMI ini...masih sedih kerana PPSMI telah pun dimansuhkan...bermula 2012...

Kegagalan diukur berdasarkan pencapaian akademik para pelajar...YA...diakui...begitu ramai yang mencapai keputusan tidak memberangsangkan...namun sedar atau pun tidak...perkara ini berlaku kerana penggunaan Bahasa Inggeris itu masih diperingkat PELAKSANAAN dan belum pun mencapai tahap MEMBUDAYAKAN...

Membudayakan sesuatu yang baru tidak mengambil masa yang singkat...ibarat kita mula2 mahu membudayakan penggunaan telefon bimbit...realiti pada hari ini...walaupun telefon bimbit mempunyai banyak ciri-ciri canggih seperti internet HSDPA,live webcam & sebagainya...sedar atau pun tidak...peratusan pengguna yang mengoptimumkan penggunaan ciri-ciri canggih ini masih rendah...walau sejauh mana setinggi mana teknologi yang ada pada telefon bimbit yang dimiliki...pengguna masih menjadi 'regular customers' kepada aplikasi SMS dan panggilan sahaja...MENGAPA? Kerana penggunaan teknologi canggih pada telefon bimbit tersebut masih di peringkat PELAKSANAAN dan belum lagi DIBUDAYAKAN...tidak seperti di Jepun...

PEMAHAMAN itu penting...YA...sekali lagi aku akui...namun sedar atau pun tidak...di setiap peringkat pendidikan tinggi di MALAYSIA...100% IPTA & IPTS menggunakan buku2 teks berBAHASA INGGERIS terutama bagi subjek2 SAINS dan MATEMATIK...Adakah pada hari ini kita perlu menunggu hingga ke menara gading barulah jatuh hukum perlu bagi kita untuk belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris?Mengapa tidak kita mulakan di peringkat awal?Tidakkah anda semua kaji...berapa ramai pelajar2 matrikulasi yang menjawab peperiksaan subjek2 Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu sedangkan kertas soalan dalam Bahasa Inggeris?Perkara ini mungkin dapat dikurangkan atau dielakkan terus 100% sekiranya pendidikan subjek2 Sains dan Matematik ini disalur dalam Bahasa Inggeris sejak di peringkat awal...

Kita perlu realistik...kita tidak boleh menghukum sesuatu perancangan untuk masa hadapan dengan hanya melihat pada kesan awal...seperti yang telah diceritakan awal2 tadi...ianya belum lagi di peringkat MEMBUDAYAKAN...

Bukan tidak cinta atau meminggirkan Bahasa Melayu...aku juga menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan sehari-hari...namun bagi aku...tidak wujud istilah membelakangkan Bahasa Melayu sekiranya pendidikan Sains & Matematik dijalankan dalam Bahsa Inggeris...

Bukan bertindak biadab...bukan juga hendak merendah2kan pejuang bahasa...seperti A. Samad Said...yang beriya2 mahu PPSMI dimansuhkan...pada pendapat aku secara peribadi...golongan2 ini tidak telus...menetang yang nampak di mata...dan tidak yang seolah tersembunyi...bukan juga menentang kerajaan...namun bagi aku...kerajaan juga tidak telus dalam isu PPSMI ini...

AKU BERI CONTOH:

http://www.moe.gov.my/
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
moe-ministry of education (BM @ BI?)

http://www.mot.gov.my/
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA
mot-ministry of transports (BM @ BI?)

http://www.moh.gov.my/
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
moh-ministry of health (BM @ BI?)

http://www.mohe.gov.my/
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
mohe-ministry of higher education (BM @ BI?)

...gov.my/
gov-government (BM @ BI?)

Maka pada aku...penentangan yang dilakukan tidak telus...

Realiti pada hari ini...begitu banyak istilah Bahasa Inggeris yang di-Melayukan...takkanlah perlu kita alih semua bahasa2 Sains dalam Bahsa Inggeris ke dalam Bahasa Melayu hanya kerana mahu memenuhi tuntutan pejuang bahasa ini?

Sedarlah...pendidikan biarlah dari rebungya...kerana masih boleh dilentur dan dibentuk...jika sudah menjadi buluh...silap lentur...patah...pecah...Pendidikan di peringkat tinggi kesemuanya dalam Bahasa Inggeris...bukalah mata...bukalah minda...jangan dihukum generasi akan datang dengan pemikiran zaman2 sudah...dunia kita sudah berubah...BANGUN...jangan sibuk memperjuang sesuatu yang memberi kepuasan diri...namun meyeksa anak2 sendiri...jangan disanjung 'mereka' yang hanya berpaksikan politik semata...sedang kita perlu lebih dari itu...

SEDARLAH...

p/s: maaf buat mereka yang membaca...yang mungkin bercanggah dengan apa yang aku fikirkan...bukan berniat kurang ajar atau biadab...hanya memikirkan apa yang perlu...untuk generasi aku sendiri...dan generasi2 akan datang...Melayu perlu berfikir di luar kotak...sekiranya tidak...kita akan terus begini...sampai mati...BANGUNLAH...

MAAF...

No comments:

Post a Comment