Showing posts with label perihal cantik. Show all posts
Showing posts with label perihal cantik. Show all posts

Friday, July 30, 2010

Aku, Kau & Obes!

Diet? Kurus? Caranya? Tak makan? Bersenam sehingga sakit-sakit badan?
Yang nyata, ramai yang mahu kurus, tetapi sayangnya, tidak tahu cara yang betul untuk kurus. Aku juga mengalami masalah berat badan. Dengan ketinggian 163cm dan berat sekitar 83kilogram, aku seorang yang obesiti atau gemuk! Tapi itu cerita 2 bulan lepaslah, hari ini, dengan ketinggian yang sama, berat aku hanya 72kilogram, kurang 11kilogram dalam tempoh 2 bulan! Dan diet yang aku amalkan, masih berjalan insya-Allah sehinggalah Aidilfitri nanti dengan target berat badan sekitar 63-65kilogram. Ideal!
Bagaimana caranya? Aku makan seperti biasa, tidak berlapar, cuma lebih teratur. Aku ada formula sendiri. Mengikut kajian, seorang dewasa perlukan lebih kurang 2130kcal sehari daripada sumber makanan. Untuk selamat dan memandangkan aku ingin menguruskan badan, maka, paras kawalan nilai kalori yang diambil aku kurangkan dari 2130kcal kepada hanya 2000kcal sehari.
Aku buang nasi. Ya, aku buang nasi. Minggu pertama boleh diibaratkan seperti mat ganja yang kehabisan stok ganja, masuk minggu kedua, easy! Target aku sehari, aku ambil 1500kcal sahaja sehari. Lebihan kalori yang diperlukan badan akan dibakar dari lemak-lemak tepu yang telah aku ternak sejak 21 tahun yang lalu. Buang nasi sebenarnya diet yang selamat JIKA kita gantikan pengambilan sumber karbohidrat yang lain. Sebagai contoh, nasi yang aku buang aku ganti dengan wholemeal bread 3-4 keping sekali makan. Kenyang macam makan nasi, tapi aku dapat jimatkan pengambilan kalori hampir 200 kalori berbanding dengan menyantap nasi! Kan ke bijak tu? Ingat, buang nasi, tapi harus diganti, diet bukan tak makan, tapi kawal pemakanan!
Kalau terasa terliur nak makan lauk pauk yang sedap-sedap, makanlah, siapa cakap tak boleh, tapi ala kadar. Kalau takut termakan banyak, minum sebotol kecil air kosong setengah jam sebelum makan, gerenti korang akan makan dengan kuantiti yang sikit sebab dah kenyang! Tapi kalau boleh, jauhi la diri tu daripada lauk-lauk bersantan. Tak lama, sebulan je! Berpuluh tahun makan nasi, takkan sebulan tak boleh berhenti kot? Sebulan je, bukan setahun, lepas tu lantaklah balik!
Panduan mengira kalori makan yang diambil sehari-hari? Taip je kat Google, gerenti jumpa.
Selain daripada pemakanan, senaman pun perlu dititkberatkan, diet makan, tak makan kurus, makan naik balik, so, seimbangkan dengan senaman, tak payahlah nak ke gym, angkat berat bertan-tan, cukup sekadar lari-lari anak, berjalan kaki selama 1 jam 15 minit pun boleh membakar hampir 250 kalori, jadi rajin-rajin lah buat. Selain daripada itu, boleh juga buat tekan tubi, dan sebagainya.
Selamat berdiet. Aku boleh turun 11kg, takkan korang tak boleh? Good luck!


dulu & sekarang






   


    

Saturday, July 24, 2010

3D Street Painting




Amazing isn't it?





    

Friday, June 25, 2010

Leopard


Think again...


Thursday, May 13, 2010

Blonde & Botox

Entah kenapa, semakin tua, semakin tak sedar diri...

RUMAH KATA PERGI, KUBUR KATA MARI!!

Lepas tu siap boleh klentong orang sekeliling pulak tu! "Saya tak pakai botox la... cuma amalkan petua orang tua-tua sejak zaman nenek moyang saya lagi...". PPIIIRRRAAAAMABOKK!! Ingat aku tak sekolah ke?? Kalau muka dah bengkak-bengkak masuk TV, petua jadah kau!

Tuesday, April 27, 2010

Siapa Sudi?

Memandangkan kasut aku dah dikebas orang kat lab tempoh hari, siapa sudi nak hadiahkan aku kasut seperti gambar di atas sempena hari jadi aku nanti? Sesak dah ni, dah takde kasut dah!