Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Friday, June 4, 2010

Kroni & Barua

Selagi ada kroni-kroni berkepentingan yang cekik rakyat dan selagi ade barua-barua bangsa yang hanya tahu cium bontot yang kaya, konon penyelamat bangsa tapi dia yang jual negara, selagi itu lah negara ini takkan ade ketenteraman harmoni...

Yang kanan sibuk dengan harta, judi, dan macam-macam lagi... Yang kiri bijak ambil kesempatan, konon baik perasan bagus, macam orang kita semua bodoh! Padahal sama sahaja, baik kanan atau kiri. Yang kanan sanggup buat apa sahaja selagi nama baik terjaga, jawatan terpelihara, duit ade sentiasa. Yang kiri sanggup buat apa sahaja untuk gulingkan yang kanan dan berkuasa, walaupun sanggup menjadi barua bangsa.

Yang wajar dicontohi? Terperangkap di celah-celah, ditelan mati mak, diluah mati bapak... Entah bila semua ini akan berakhir, entah bila orang-orang bawah seangkatan aku akan sedar, perjuangan mereka hanya untuk kerusi empuk di pejabat mereka, kereta mewah dipandu mereka, rumah besar seluas istana serta perempuan untuk dimanja-manja. Kita dapat apa? Janganlah hanyut...

Aku muak!

Friday, February 5, 2010

Liwat

Senang cerita, dua-dua aku tak minat.

Yang menuduh aku tak suka, yang tertuduh pun aku tak suka.
Siapa salah? Siapa betul? Tunggulah sahaja. Yang aku pasti, bila keluar keputusan muktamad mahkamah, siapa pun yang menang, kemenangan itu pasti mengelirukan, menjadi kontroversi dan memporak-perandakan lagi kemakmuran negara.

Negara kacau-bilau, orang sibuk berebut takhta politik. Pakcik-makcik yang terlalu kuat menyokong, sampai sakit jantung, pengsan dan dipapah ke ambulans langsung ke hospital. Keuntungan jenis apakah itu? Terbelakah nasib keluarga, bangsa, agama?

Politik itu bagus, tetapi orang yang mengamalkan politik itu yang mengotorkan politik itu sendiri. Kita? Carilah yang bersih, untuk negara, dan masa depan generasi kita.

Allah selamtkan Malaysia.

Thursday, July 9, 2009

PPSMI Mansuh

PPSMI DIMANSUHKAN...MENGAPA??

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai