Sunday, January 23, 2011

Emas

 
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:
 
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan)"

Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Usia aku dah hampir mencecah 22 tahun, dah tua mungkin, bahan tontonan, pilihan muzik dan bahan bacaan pun dah berubah. Nak dijadikan cerita, 2-3 hari ini aku banyak menghabiskan masa membaca dan sedikit mengkaji tentang emas dan pelaburannya di Malaysia. Bermula dengan bacaan blog-blog penjual emas sehinggalah ke website-website bank di Malaysia yang turut menawarkan akaun pelaburan emas.

Setakat ini, aku tertarik dengan urusan jual beli emas (atau pelaburan bagi kebanyakan umat) di 3 bank di Malaysia dan 1 kedai emas tersohor negara:
  1. Maybank - Gold Savings Passbook Account
  2. Public Bank - Gold Investment Account
  3. Kuwait Finance House - Gold Account-i
  4. Poh Kong Jewellers - Bunga Raya Gold Bar
Aku bukanlah pakar ekonomi, hanya menjadikan ruang ekonomi di dada akhbar sebagai bahan bacaan tambahan walaupun kadang-kadang tak faham. Dari apa yang aku faham, ekonomi dunia pada hari tidak menentu dan nilai mata wang semakin huru hara. Satu-satunya bahan berharga yang tidak terusik dek penangan kegilaan ekonomi adalah emas. Buktinya, harga emas sentiasa stabil, tidak seperti harga minyak, gula dan sebagainya yang nilainya sentiasa turun naik.

Hasil dari bacaan aku melalui banyak sumber, akhirnya aku memutuskan untuk mengeluarkan sebahagian wang simpanan aku yang tak seberapa dari ASB pada waktu cuti Raya Cina minggu depan untuk dijadikan 'modal' dalam pelaburan emas. Memandangkan wang simpanan itu adalah amat-amat jarang aku gunakan, wajar kiranya aku gunakan untuk pelaburan emas. 4 calon telah aku consider (seperti yang di atas).

Paling mudah adalah urusniaga pembelian emas dari Poh Kong. Bawa wang tunai atau kad hutang, dan beli. Dari 1 gram sehingga 100 gram, semua boleh didapati. Rasanya, setiap pembelian akan disertakan sekali dengan sijil ketulenan. Keuntungan boleh diperolehi dengan menjual semula emas yang dibeli, mungkin pada harga yang lebih tinggi mengikut harga semasa.

Untuk Public Bank dan Maybank, urusannya seperti membuka akaun bank, tapi jumlah wang yang kita simpan sebenarnya adalah nilai belian beberapa gram emas mengikut harga pasaran emas semasa. Di Maybank, pelaburan yang disimpan boleh dikeluarkan dalam bentuk emas atau wang tunai mengikut harga jualan emas kepada pihak bank. Di Public Bank pula hanya wang tunai bileh dikeluarkan, tiada emas sebenar yang dapat dikeluarkan (atas alasan ini mengikut Ustaz Zaharuddin, ianya bercanggah dengan hukum Islam). 

Di Kuwait Finance House, pelaburan emas adalah lebih berlandaskan prinsip perniagaan Islam, tidak seperti Maybank dan Public Bank yang jelas menggunakan prinsip conventional banking. Berbeza dengan Maybank dan Public Bank, KFH menggunakan emas 995, dan tidak emas 999. Namun begitu, urusan perniagaannya adalah lebih diyakini dan memuaskan hati ramai pihak (mengikut hasil bacaan) termasuk orang bukan Islam yang membuat pelaburan emas.

Insya-Allah aku akan membuka akaun emas aku di KFH. Kebetulan cawangannya dekat sahaja dengan rumah aku di JB. Aku percaya, emas adalah pelaburan yang meguntungkan di masa hadapan dan kukuh asas pelaburannya, dan lebih 'bersih' urusannya di sisi agama. 




No comments:

Post a Comment