Monday, June 28, 2010

Tambak Johor

Aku menyambut baik (sebenarnya sejak dari dulu) cadangan Sultan Johor supaya dirobohkan Tambak Johor yang dah berkurun usianya tu & seterusnya digantikan dengan sebuah jambatan baru bagi menghubungkan negara kita dengan Singapura lahanat.

Sebagai pelajar kejuruteraan, rancangan seperti Extreme Engineering, Big, Bigger & Biggest dan seumpama dengannya memang gemar aku tonton. Antara episod yang menarik perhatian adalah episod yang memaparkan construction Palm Jumeirah di Dubai. Semasa pembinaannya hampir tamat, terdapat masalah besar yang timbul. Pergerakan air laut adalah di tahap yang terlalu minimum yang akhirnya (sekiranya dibiarkan terlalu lama) boleh mengakibatkan pemcamaran air yang kronik. Hal ini berlaku kerana tiada ruang/rongga yang membolehkan air lait di persekitaran Palm Jumeirah untuk masuk dan mengalir bagi 'menggantikan' air yang tercemar tersebut, dan sebagai penyelesaian, 2 ruang yang asalnya ditutup, telah dibuka dan dihubungkan dengan jambatan supaya air dapat mengalir masuk dan seterusnya mengelakkan berlakunya pencemaran air.


Begitula juga keadaannya dengan Tambak Johor. Perairan Selat Tebrau begitu tercemar (kalau anda orang Johor, pasti anda tahu). Pergerakan air tersekat di tengah dengan adanya Tambak Johor. Semasa pelancaran Wilayah Pembangunan Iskandar sekitar 2006 (aku rasa), RM 1 bilion digunakan hanya untuk membersihkan Selat Tebrau. Hal ini akan berterusan (kos yang sama atau mungkin meningkat untuk membersihkan Selat Tebrau pada masa akan datang) sekiranya Tambak Johor masih dibiarkan dan tidak dinaiktaraf.
Pembinaan jambatan sememangnya tidak digemari Singapura kerana hal ini sedikit sebanyak memberi keuntungan kepada kita. Keuntungan kepada Malaysia adalah pantang nenek moyang Singapura yang busuk hati itu. Perancangan terhadap pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor adalah baik untuk masa depan negeri Johor.

Setakat semalam, aku terbaca beberapa blog politik yang menentang, terutama pembangkanglah. Mereka menyatakan tidak perlu buat jambatan, berhabis bilion ringgit sedangkan masih ramai rakyat yang menderita kemiskinan. Ini isu lapuk dan basi. Sekiranya tidak dibuka Tambak Johor, kerajaan akan sentiasa mengeluarkan belanja hanya untuk membersihkan Selat Tebrau yang tercemar yang akhirnya akan kembali tercemar semula. Kos ini akan sentiasa meningkat dari semasa ke semasa yang akhirnya akan melampaui kos pembinaan jambatan itu sendiri.

Sekadar berfikir...


1 comment:

  1. good job..kalo xpecah kan jambatan tu...sampai bila2 la government kene keluarkan 1 billion utk prosess bersihkan air selat ni...baik pecahkan je..nnt RM1 billion bole tolong rakyat yg susah...sy org johor setuju dgn pengantian tambak ni...

    ReplyDelete