Thursday, April 15, 2010

Politik Lubang Kubur


Aku membaca lagi kali ini, saja hendak tenangkan hati di minggu-minggu peperiksaan ni, aku terjumpa artikel seperti gambar di atas yang aku dapat di http://www.tranungkite.net/psiber/azhari/azhari002.htm. Mulanya aku tersedar juga, salah silap, dosa-dosa lama yang ada aku lakukan, namun tiba di soalan yang ketiga, apakah agamaku? jawapannya aku sangkakan elok, namun berbaur politik pula jawapannya!

Aku sebenarnya tidak begitu suka bila unsur-unsur agama, dicampuradukkan dengan politik. Bagi aku secara peribadi, jika masuk PAS dengan niat untuk memperbetulkan hukum-hukum hudud dan sebagainya, belum tentu menjamin syurga buat kita, umat akhir zaman. Sedang sahabat-sahabat Nabi SAW sendiri tidak semua dijamin syurga. 

Tambahan lagi, jawapan yang aku kotak merahkan itu katanya 'adalah jawapan malaikat'. Astaghfirullah. Aku ada menuntut ilmu dengan beberapa orang ustaz dan ustazah, ramai berpendapat, walaupun kita sebuah negara Islam, kita tidak dapat melaksanakan hukum-hukum Allah (Hudud & Qisas) atas beberapa alasan. Alasan paling utama adalah KEADAAN TIDAK MAMPU. Apa maksudnya? Kita masih tidak mampu untuk menjalankan hukum tersebut kerana yang pertama, kurangnya kerjasama, pemahaman serta penerimaan kaum-kaum lain yang berlainan agama untuk menerima hukum yang sama, walaupun pada peringkat permulaannya, hukum ini kita gunakan hanya untuk yang beragama Islam sahaja. Terlalu banyak penentangannya, dikhuatiri kelak, akan menimbulkan pula mudarat yang lain, seperti rusuhan atau lebih buruk pertumpahan darah. Bukankah agama Islam itu pencinta kedamaian dan memudahkan penganutnya?

Secara peribadi, aku tidak menolak pelaksanaan hukum Hudud & Qisas, sebagai Islam, aku menyanjung tinggi hukum Allah lebih dari hukum manusia. Namun, aku tidak setuju perihal agama dipolitikkan. Sama sekali tidak setuju. Kalian sendiri saban hari membaca akhbar, menonton TV, nilailah sendiri dunia politik kita. Adakah mampu politik kita baik di haluan mana sekalipun yang penuh dengan kotoran mampu untuk membawa kita ke syurga atau sekurang-kurangnya lepas soalan kubur? Bukalah minda seluas-luasnya, jangan hanya tahu bertindak selepas nampak, fikir dahulu, nilai dahulu.

Andai ada yang salah, yang kurang, juga terpesaong bagi yang membaca, aku mohon kita sama-sama tegur dan saling perbetulkan. Aku juga manusia yang mahu belajar.

No comments:

Post a Comment