Wednesday, September 23, 2009

Nusajaya & F1 1Malaysia


Semalam aku ke Nusajaya, tapak projek mega negeri Johor yang bakal menempatkan pusat pentadbiran baru negeri Johor atau lebih dikenali dengan nama Kota Iskandar, pusat-pusat hiburan keluarga seperti Legoland, Puteri Harbour, Medical Park, EduCity dan pelbagai lagi. Kesemuanya di bawah projek besar Iskandar Malaysia. Tidak hanya di Nusajaya, malah hampir keseluruhan daerah Johor Bahru serta kawasan-kawasan lain seperti di Pontian Kechil dan beberapa kawasan lain di negeri Johor juga mengalami pembangunan yang pesat. Lebuhraya hampir kesemuanya dinaiktaraf bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Jauh di sudut hati, aku bangga menjadi Anak Malaysia, dan Anak Jati Negeri Johor.

Di Nusajaya, aku merancang untuk ke Kota Iskandar, namun sayang, jalan utamanya ditutup. Maka, aku hanya dapat melihat dari jauh sahaja. Aku memandu sehingga ke tapak projek Puteri Harbour, projek persisir pantai (laut mungkin) seakan-akan persisir pantai di Perancis, lengkap dengan marina, tempat berlabuh kapal-kapal layar mewah (yang pasti bukan kemampuan aku). Belum siap sepenuhnya, tapi bagi aku secara peribadi, tempatnya cantik, sangat cantik. Aku berjalan sepanjang taman persisir marina yang masih belum siap itu. Ada beberapa kelompok keluarga datang berehat. Mungkin apabila siap kelak, pastinya tempat ini menjadi tumpuan.


Yang nyata tidak semua setuju dengan pelaburan besar terhadap projek ini. Pembaziran dijadikan propaganda besar untuk menentang sekeras-kerasnya. Daripada berhabis berpuluh-puluh billion ringgit dengan projek yang tidak menguntungkan rakyat (merugikan sangatkah? langsung tidak ada keuntungan kah?), lebih baik digunakan wang tersebut untuk membantu golongan-golongan miskin. Itulah alasan paling mudah untuk mempengaruhi pemikiran orang Melayu yang rata-ratanya bukanlah dalam kalangan orang berada. Dan alasan itu jugalah yang dipropagandakan sebesar-besarnya oleh pembangkang yang konon-kononnya mahu membela nasib rakyat.


***************************************************

Aku peminat dan pengikut siri perlumbaan paling mahal dunia, F1. Team Vodafone McLaren-Mercedes merupakan pasukan yang aku minati dan ikuti sejak zaman Mika Hakinen lagi. Sehingga kini, aku masih setia menyokong pasukan ini walaupun sedikit merudum prestasi mereka. Pernah dahulu aku bangga melihat anak Malaysia memandu jentera F1. Alex Yoong menjadi rakyat Malaysia pertama memandu kereta F1, mewakili pasukan Minardi Cosworth. Namun sayang, penyertaan Alex Yoong tak berpanjangan.

Sekitar minggu lepas, kita dikhabarkan dengan pembentukan pasukan F1 1Malaysia yang dibentuk dengan kerjasama kerajaan Malaysia, AirAsia, Naza Group, Lotus (anak syarikat Proton). Bagi pengikut setia F1, mereka pasti sedar dengan pelaburan besar terhadap sukan ini. Sebagai contoh, pasukan-pasukan besar seperti Ferrari dan McLaren membelanjakan sekitar 100-150 juta pound semusim untuk membayar gaji pekerja, R&D, dan sebagainya. Bagi pasukan-pasukan kecil seperti Brawn GP, sekitar 40 juta pound semusim. FIA menetapkan syarat untuk perjalanan musim hadapan, setiap pasukan hanya boleh membelanjakan maksimum 40 juta pound sahaja semusim.

Namun berbeza pula perbelanjaan untuk setup pasukan baru seperti F1 1Malaysia. Perbelanjaan untuk musim pertama dijangka melebihi 40 juta pound. Sebagai contoh, pasukan Force India membelanjakan 1.2 billion pound untuk membentuk pasukan mereka. Mengapa begitu mahal? Kerana mereka mencari orang yang berpengalaman. Pemandu berpengalaman, pit crew yang berpengalaman, segala-galanya berpengalaman.

Jauh di sudut hati, aku percaya, kita mampu membentuk pasukan dengan jumlah perbelanjaan tidak sampai 1 billion. Kerana F1 1Malaysia dikhabarkan akan menggunakan tenaga kerja dari Malaysia dan mungkin pemandu dari Malaysia. (Menurut pakar harga murah, Tony Fernandes).



Sekali lagi, isu pembaziran dipropagandakan. Aku bukanlah penyokong kerajaan. Aku sendiri bukan peminat dan tak menyokong pun pimpinan 'yang teratas' tu. Isu model kene bom pun belum habis kita dengar tempiasnya. Namun bagi aku, sampai bila kita (orang Melayu khususnya) nak maju.

Memetik kata-kata insan yang aku sanjungi, tanpa pelaburan sekecil 5 sen pun, keuntungan 1 juta tak akan kita dapat. Aku dah jenuh mendengar 'Malaysia nak buat sebatang jarum pun tak boleh, import dari China'. Sebab itu China maju!! Orang Melayu kita sibuk berebut takhta politik. Yang taksub menyokong bodoh, yang menghasut lagilah bodoh.

Tak salah kita melabur, memang besar pelaburan, namun aku yakin, lambat atau cepat, keuntungan akan jadi milik kita. Jangan pandang keuntungan hanya dari segi wang ringgit. (Kepala otak jangan hanya dipasak dengan bantuan subsidi sahaja!!), ilmu pengetahuan, kepakaran, itu semua bentuk keuntungan yang jauh lebih bernilai.

Tengok negara Jepun, kenapa selepas hancur dibom, mereka bangun menjadi sebuah negara yang paling maju? Kita merdeka hampir sama usia dengan Jepun bangun dri Padang jarak Padang Tekukur. Tapi kenapa kita tak setanding mereka? Mentaliti!!

Lihat Putrajaya, KLIA, dan banyak lagi projek mega yang kosnya berpuluh-puluh billion. Gagal atau berjaya memberi pulangan lumayan? Lihat bagaimana kita dipandang dengan pembangunan negara kita?

Ambil contoh Dubai, pandang jauh! Minyak akan habis. Sebelum mereka kekeringan minyak, mereka labur beratus-ratus billion untuk membangunkan negara dengan harapan, pulangan pelancongan akan meningkat dan menggantikan sumber minyak mereka.

Kita??

Fikirlah...

Go F1 1Malaysia!

No comments:

Post a Comment