Thursday, May 7, 2009

Subuh Di Kuantan...

awal pagi 6 hb...aku tiba di terminal makmur, kuantan selepas kira-kira 5 jam perjalanan dari terminal larkin, johor bahru...

setibanya aku di kuantan...aku lepak di kedai mamak bersebelahan dengan terminal sambil menunggu bro khairi mengambil aku di situ...(segan jugak sebenarnya...)...aku minum teh tarik di situ...niat di hati nak pekene roti canai...tapi memandangkan jam baru menunjukkan pukul 4.20 pagi...aku batalkan niat murni tersebut...sedang asyik aku menghirup teh tarik di situ...aku terlihat sekumpulan manusia (remaja melayu) datang melepak di kedai mamak yang sama...dalam kumpulan 5 orang itu...ada seorang sahaja perempuan...dari segi pemakaian...boleh aku kategorikan sebagai kurang sopan...berpeluk dengan lelaki...merokok...terdetik di hati aku...tak punya rumah ke perempuan ni?x takut ke diape-apekan oleh lelaki2 ni...

ketika minuman aku sudah separuh habis...dtg lagi sekumpulan remaja melayu...juga dengan jumlah yang sama...bilangan lelaki dan perempuan juga adalah sama dengan kumpulan yang ada di kedai mamak tersebut....hanya kumpulan yang baru muncul ini tidak langsung ke kedai mamak tempat aku lepak...hanya bertenggek di motor milik mereka...perempuan dalam kumpulan tersebut tetap menjadi subjek pilihan anak mata aku...dari segi pakaian...sikap...sama sahaja dengan yang tadi...

sesungguhnya aku terfikir...mereka ini tidak fikir masa depan ke?hanya fikir berseronok...bebas bergaul...terlalu bebas berada di mana2...walaupun di awal pagi...

bagaimana nasib orang melayu nak terbela kalau golongan2 seperti ini terus dengan dunia mereka...

situasi yang aku lihat ini bukan lah kali pertama aku saksikan...dan bukan juga yang terburuk pernah aku saksikan...ada yang jauh lebih teruk berlaku di depan mata aku...hidu gam...minum arak...semua pernah aku lihat di depan mata...

apa memang bangsa melayu ini seperti yang aku lihat?
mana pegangan agama mereka?

aku tidak kata aku ini baik...tetapi aku rase aku bertuah kerana Allah beri aku kelebihan untuk menilai dan berfikir...cume terkilan...kenapa apa yang Allah beri kepada aku...x dapat untuk aku kongsi dengan golongan2 seperti ini...

1 comment:

  1. ABJ.
    YANG BAIK JADIKAN TAULADAN YANG BURUK JADIKANLAH
    SEMPADAN.

    ReplyDelete