Sunday, May 10, 2009

Sejarah

siapa suka belajar sejarah?

dlm 10 org...payah 1 kita nak jumpa yang jawab 'suka'...

sekali lagi menonton filem national treasure...(yg 1st punya) dan langsung terlintas dalam kepala...kenapa orang malaysia taknak buat filem yang berkaitan dengan sejarah mcm filem national treasure...mungkin orang takkan suka jika 100% isi filem baerkaitan dengan sejarah...tapi pada aku...secara peribadi...jika sejarah itu disulam dengan fiksyen...jika kene pada tempatnya...sejarah itu akan menjadi sesuatu yang menarik...menarik untuk diketahui...menarik untuk dipelajari...terutama dalam kalangan remaja...(kaki2 wayang mcm aku contohnya)

mungkin terlalu kebaratan?

ok...kita ke filem asia pula...produksi dari thailand...menghasilkan filem queen of langkasuka...langkasuka adalah nama kerajaan yang pernah bertapak di kedah suatu ketika dahulu...(kalau x silap la...)...namun inisiatif untuk menjadikan kisah sejarah ini filem dilakukan oleh orang luar...sedangkan kisah langkasuka ini adalah sebahagian daripada sejarah negara kita...aku belum berkesempatan menonton filem ini...namun apa yang terlintas di fikiran aku...masih sama...filem sebegini jika diterbitkan oleh org malaysia...berbahasa malaysia...pastinya dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran sejarah itu menjadi semakin menarik...

tergerak hati untuk bercerita pasal pembelajaran sejarah kerana adik aku selalu mengadu bahawa dia lemah sejarah...dan ngantuk belajar sejarah...


poster queen of langkasuka

No comments:

Post a Comment