Sunday, April 5, 2009

Tempe Oh Tempe!

sebagai anak jati tanah selatan semenanjung...dan juga sebagai anak jawa (celup mungkin), tempe sudah sebati dengan hidup aku...janggal rasanya jika dalam seminggu tidak pernah sekali pun menjamah tempe...secara peribadi...aku suka tempe yang digoreng (celup tepung)...kalau untuk dimakan bersama nasi...aku suka tempe masak sambal...memang sedap!!

TAPI...

pagi ini aku baca artikel tentang tempe...kajian yang dijalankan oleh Dr Jorge Chavarro dari Jabatan Kesihatan Awam Harvard mengenai bahan makanan berasaskan soya seperti tempe. makanan yang berasaskan soya seperti tempe adalah tidak sesuai untuk lelaki sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak atau kerap...kerana apa?kerana makanan berasaskan soya ini dipercayai boleh mengurangkan penghasilan sperma...atau dalam kata mudah...meMANDULkan lelaki...

Dr Jorge Chavarro juga percaya bahawa wujudnya bahan digelar isoflavones dalam soya yang menyerupai hormon seks wanita, oestrogen, menyebabkan lelaki gagal menghasilkan sperma dalam kuantiti yang banyak...

aku masih tak percaya dan insya-Allah takkan percaya kerana sebagai jawa dan anak johor sejati...tempe adalah keagungan dalam bentuk makanan!!tambahan pula...sekiranya betullah seperti yang didakwa...tempe boleh memandulkan...takkanlah pula 'pak sedara2' aku punya anak lebih 6 orang kebanyakannya...hal ini membuktikan...tempe bukan memandulkan...sebaliknya menyuburkan.... =)

1 comment:

  1. wah!!! mcm tu kna soh hubby ak mkn tempe ler kot nt ek... tp kajian y ak baca katne tah ak lupa, lelaki elok mkn sawi sebab pe? jeng3~
    (hihi...)

    ReplyDelete