ha!lepas sudah paper yang paling aku takut untuk hadapi semester ni...engineering mathematics 2...dengan test 1 & 2 yang sangat2 tak membantu...aku benar2 mengharapkan keajaiban akan berlaku untuk paper final ni...sekurang-kurangnya aku kene skor SEPARUH paper final ni untuk HANYA LULUS subjek ini...aku perlu lulus untuk mengelak daripada menjadi 'super senior'...(aku tak pasti...hanya mengikut berkira-kira sendiri)
bertanya kepada rakan2 yang jauh lebih pandai (kerana markah mereka jauh beza dengan aku sebelum2 ini) mereka sendiri kurang yakin...(apatah lagi aku....)
namun aku percaya kepada rezeki...kehendak Allah...mungkin aku masih kurang usaha sekiranya gagal...tak bererti Allah 'melupakan' aku...mungkin aku yang melupakan Dia...
banyak yang perlu diubah mungkin dalam hidup ini...yang nyata...hati aku ni 'semakin jauh' dengan subjek kira-kira...aku lebih suka subjek2 yang menuntut pemahaman konsep (walau tak juga sehebat orang lain)...
(entah apa2 aku membebel hari ni...)
moga Allah membantu aku untuk paper2 akan datang...insya-Allah....
No comments:
Post a Comment