Sunday, February 28, 2010

Sebuah Lapangan

Jauh tinggi dari awan
Menjejak tanah suatu lapangan
Rata terbentang luas
Menghimpun setiap yang sujud dan buas

Diarak bermusim tak tiba
Dijemur kering diiring noda
Terus menitik dari pelusuk badan
Terhimpun membentuk luas lautan

Berlari meminta mengharap rahmat
Ditolak tepi tidak bersyafaat
Letih mengusung gelap cahaya
Perhitungan tetap tak kunjung tiba

Datang Yang Satu membelah gelap
Ketakutan penyesalan terselubung genap
Diukur setiap di kanan, setiap di kiri
Terlebih terkurang tiada lagi yang berganti

Dari lapangan ke satu susuran
Seluas alam menuju kesempitan
Titian halus menanti jelas
Apakah mampu untuk direntas…

my name is KHAN



Mr. President, my name is Khan...and I'm not a terrorist...

Serius, 20 minit pertama filem ni, cukup-cukup mencuit hati, nilai kasih sayang anak dan mak, kesabaran seorang Islam yang menghidap Asperger's syndrome, dan banyak lagi. Kesan yang aku rasa sehingga saat entry ini ditulis!

Cerita bagaimana penerimaan Barat terhadap dunia Islam, kesan yang Rizwan Khan terima kerana menganut Islam, cerita bagaimana Rizwan Khan deal dengan family barunya, terutama selepas 9/11, isteri Hindunya, anaknya, kematian anaknya, jiran-jiran bukan Islamnya, masyarakat bukan Islam Amerika sehinggalah orang Islam yang meyeru kepada keganasan (SEDANGKAN ISLAM MERUPAKAN AGAMA KEDAMAIAN!). Semuanya langsung tidak bosan aku tonton, sehingga cerita ini tamat. Hampir semuanya meruntun perasaan...

Bagi mereka-mereka yang membenci filem hindustan kerana lagu-lagunya, atau penari-penarinya yang datang entah dari ceruk mana, jangan risau, filem ini langsung tiada unsur-unsur tersebut.

Secara keseluruhannya, pada aku, filem ini 'tidak dibuat-buat'...Jalan cerita yang cantik, naratif yang kemas dan sudah tentu lakonan Shahrukh Khan yang memang terbaik!

Sesungguhnya, filem ini jauh lebih baik dari filem Ayat-Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih yang ade kaitan dengan Islam jalan ceritanya. Secara peribadi, ini filem terbaik pernah aku tonton setakat ini.

Thursday, February 25, 2010

Selamat Hari Lahir Mak! ;)

Selamat Hari Jadi Mak...
Semoga Panjang Umur...
Dimurahkan Rezeki...
Dan JANGAN Beranak Lagi...
hehehehe...

Sunday, February 21, 2010

Top 14 Reasons to Date an Engineer

14. We are trained to do it right the first time
13. We are used to all nighters
12. We are always willing to experiment
11. We know how to decrease and increase friction
10. We know all about heat transfer
9. We do it with more torque
8. We can wire your circuits
7. Free body diagrams
6. Potential for smart children
5. Engineering couples have better moments
4. We know how to deal with stress and strain
3. We know it's not the length of the vector that counts, but how you apply the force
2. "Lubrication, Friction and Wear" is actually a class
1. The world DOES revolve around us....we pick the coordinate system

So ladies...dump the doctors...WE Are HERE!!
HAHAHAHAHA!!!!

Friday, February 19, 2010

3 Manusia

Manusia Pertama: SAIFUL BUKHARI
Jantan hangat dengan kes liwat. Hafiz invite aku join group I HATE SAIFUL BUKHARI... Aku tak berminat sebab telah aku nyatakan, aku tidak suka kedua-dua yang terlibat. Ironinya, andai benci pada Saiful, menyokong Anwar. Hakikat diri aku, kedua-duanya aku benci. Maka tidak aku layan invitation itu.

Manusia Kedua: LADY GAGA
Puas sudah aku cuba untuk melayan lagu-lagu beliau, namun sayang, sepatah habuk haram pun tak boleh aku nak layan. Entah kenapa muzik beliau langsung tak boleh aku terima. Terlalu pelik dan sengal bagi aku! Tapi hakikatnya, saban hari hampir berpuluh kali stesen radio memutarkan lagu beliau...

Manusia Ketiga: FAIRUZ FAUZY
Rakyat Malaysia, Pemandu ketiga Lotus F1 Racing yang berjaya mendapatkan Lesen Super untuk perlumbaan Formula 1. Bangga dan menarik sebab beliau mampu menghabiskan lebih 60 pusingan litar sedangkan Heiki Kovailanen hanya sekadar TERBABAS selepas pusingan ke-19!

Ketiga-tiga manusia ini terlalu kerap menjengah kotak pemikiran aku...Saiful dengan kes liwatnya, semakin aku jauhkan, semakin banyak berita yang aku dengar. Lady Gaga, dengan lagu-lagunya, semakin aku jauhkan, semakin kerap aku dengar lagu-lagunya. Fairuz Fauzy, pencapaian membanggakan.

Apa kaitan ketiga-tiga mereka?

Aku sendiri tak pasti...

(Lusa aku kembali ke UMP...)

Sunday, February 14, 2010

Kalaulah Aku Berduit...

Kalau aku ada duit...

Aku nak tukar laptop baru...memandangkan yang sedia ada telah uzur...
Aku nak tukar handphone baru...memandangkan yang sedia ada telah rosak...
Aku nak beli kasut baru...memandangkan kasut lamaku dikebas orang di lab...

Tapi sayangnya, bila dalam keadaan yang mendesak inilah, aku kekeringan...
Kalau jahat, dah lama aku mencuri...tapi aku tidak sejahat itu...

Maka...pendamlah sahaja...Insya-Allah...ada rezeki...ada la...

(sedih sebab hp yang rosak itu adalah hasil titik peluh aku bekerja selama sebulan setengah sebagai buruh kasar!)

Saturday, February 6, 2010

Jejak Rasul

Minggu lepas aku ke Megamall. Seperti biasa, MPH bookstore mesti aku pergi even tak beli apa pun. Sedang sibuk membelek buku-buku, aku terjumpa koleksi DVD Jejak Rasul yang biasa ditayangkan di TV3 pada bulan Ramadan, untuk dijual. Harganya? Tak mampu aku nak bayar.

Sempat juga aku mencari DVD Jejak Rasul musim ke berapa entah, yang menceritakan kisah Kerajaan Turki Uthmaniyyah, sayangnya, tiada.

Sejak tingkatan empat, aku memang suka membaca hal-hal sejarah berkaitan Turki Uthmaniyyah. Pada aku, sejarah dan kerajaannya hebat. Mampu bertahan selama lebih 600 tahun, lebih lama daripada tempoh negara kita dijajah! Kerajaan itu hapus kerana petualang Mustafa Kemal Ataturk, yang konon-kononnya bapa kemajuan dan pemodenan Turki.

Sebenarnya aku teringin nak simpan koleksi episod Jejak Rasul - Uthmaniyyah ni, tapi aku tak jumpa... Siapalah yang ada...hmmm...

Friday, February 5, 2010

Liwat

Senang cerita, dua-dua aku tak minat.

Yang menuduh aku tak suka, yang tertuduh pun aku tak suka.
Siapa salah? Siapa betul? Tunggulah sahaja. Yang aku pasti, bila keluar keputusan muktamad mahkamah, siapa pun yang menang, kemenangan itu pasti mengelirukan, menjadi kontroversi dan memporak-perandakan lagi kemakmuran negara.

Negara kacau-bilau, orang sibuk berebut takhta politik. Pakcik-makcik yang terlalu kuat menyokong, sampai sakit jantung, pengsan dan dipapah ke ambulans langsung ke hospital. Keuntungan jenis apakah itu? Terbelakah nasib keluarga, bangsa, agama?

Politik itu bagus, tetapi orang yang mengamalkan politik itu yang mengotorkan politik itu sendiri. Kita? Carilah yang bersih, untuk negara, dan masa depan generasi kita.

Allah selamtkan Malaysia.