Wednesday, September 23, 2009

Nusajaya & F1 1Malaysia


Semalam aku ke Nusajaya, tapak projek mega negeri Johor yang bakal menempatkan pusat pentadbiran baru negeri Johor atau lebih dikenali dengan nama Kota Iskandar, pusat-pusat hiburan keluarga seperti Legoland, Puteri Harbour, Medical Park, EduCity dan pelbagai lagi. Kesemuanya di bawah projek besar Iskandar Malaysia. Tidak hanya di Nusajaya, malah hampir keseluruhan daerah Johor Bahru serta kawasan-kawasan lain seperti di Pontian Kechil dan beberapa kawasan lain di negeri Johor juga mengalami pembangunan yang pesat. Lebuhraya hampir kesemuanya dinaiktaraf bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

Jauh di sudut hati, aku bangga menjadi Anak Malaysia, dan Anak Jati Negeri Johor.

Di Nusajaya, aku merancang untuk ke Kota Iskandar, namun sayang, jalan utamanya ditutup. Maka, aku hanya dapat melihat dari jauh sahaja. Aku memandu sehingga ke tapak projek Puteri Harbour, projek persisir pantai (laut mungkin) seakan-akan persisir pantai di Perancis, lengkap dengan marina, tempat berlabuh kapal-kapal layar mewah (yang pasti bukan kemampuan aku). Belum siap sepenuhnya, tapi bagi aku secara peribadi, tempatnya cantik, sangat cantik. Aku berjalan sepanjang taman persisir marina yang masih belum siap itu. Ada beberapa kelompok keluarga datang berehat. Mungkin apabila siap kelak, pastinya tempat ini menjadi tumpuan.


Yang nyata tidak semua setuju dengan pelaburan besar terhadap projek ini. Pembaziran dijadikan propaganda besar untuk menentang sekeras-kerasnya. Daripada berhabis berpuluh-puluh billion ringgit dengan projek yang tidak menguntungkan rakyat (merugikan sangatkah? langsung tidak ada keuntungan kah?), lebih baik digunakan wang tersebut untuk membantu golongan-golongan miskin. Itulah alasan paling mudah untuk mempengaruhi pemikiran orang Melayu yang rata-ratanya bukanlah dalam kalangan orang berada. Dan alasan itu jugalah yang dipropagandakan sebesar-besarnya oleh pembangkang yang konon-kononnya mahu membela nasib rakyat.


***************************************************

Aku peminat dan pengikut siri perlumbaan paling mahal dunia, F1. Team Vodafone McLaren-Mercedes merupakan pasukan yang aku minati dan ikuti sejak zaman Mika Hakinen lagi. Sehingga kini, aku masih setia menyokong pasukan ini walaupun sedikit merudum prestasi mereka. Pernah dahulu aku bangga melihat anak Malaysia memandu jentera F1. Alex Yoong menjadi rakyat Malaysia pertama memandu kereta F1, mewakili pasukan Minardi Cosworth. Namun sayang, penyertaan Alex Yoong tak berpanjangan.

Sekitar minggu lepas, kita dikhabarkan dengan pembentukan pasukan F1 1Malaysia yang dibentuk dengan kerjasama kerajaan Malaysia, AirAsia, Naza Group, Lotus (anak syarikat Proton). Bagi pengikut setia F1, mereka pasti sedar dengan pelaburan besar terhadap sukan ini. Sebagai contoh, pasukan-pasukan besar seperti Ferrari dan McLaren membelanjakan sekitar 100-150 juta pound semusim untuk membayar gaji pekerja, R&D, dan sebagainya. Bagi pasukan-pasukan kecil seperti Brawn GP, sekitar 40 juta pound semusim. FIA menetapkan syarat untuk perjalanan musim hadapan, setiap pasukan hanya boleh membelanjakan maksimum 40 juta pound sahaja semusim.

Namun berbeza pula perbelanjaan untuk setup pasukan baru seperti F1 1Malaysia. Perbelanjaan untuk musim pertama dijangka melebihi 40 juta pound. Sebagai contoh, pasukan Force India membelanjakan 1.2 billion pound untuk membentuk pasukan mereka. Mengapa begitu mahal? Kerana mereka mencari orang yang berpengalaman. Pemandu berpengalaman, pit crew yang berpengalaman, segala-galanya berpengalaman.

Jauh di sudut hati, aku percaya, kita mampu membentuk pasukan dengan jumlah perbelanjaan tidak sampai 1 billion. Kerana F1 1Malaysia dikhabarkan akan menggunakan tenaga kerja dari Malaysia dan mungkin pemandu dari Malaysia. (Menurut pakar harga murah, Tony Fernandes).



Sekali lagi, isu pembaziran dipropagandakan. Aku bukanlah penyokong kerajaan. Aku sendiri bukan peminat dan tak menyokong pun pimpinan 'yang teratas' tu. Isu model kene bom pun belum habis kita dengar tempiasnya. Namun bagi aku, sampai bila kita (orang Melayu khususnya) nak maju.

Memetik kata-kata insan yang aku sanjungi, tanpa pelaburan sekecil 5 sen pun, keuntungan 1 juta tak akan kita dapat. Aku dah jenuh mendengar 'Malaysia nak buat sebatang jarum pun tak boleh, import dari China'. Sebab itu China maju!! Orang Melayu kita sibuk berebut takhta politik. Yang taksub menyokong bodoh, yang menghasut lagilah bodoh.

Tak salah kita melabur, memang besar pelaburan, namun aku yakin, lambat atau cepat, keuntungan akan jadi milik kita. Jangan pandang keuntungan hanya dari segi wang ringgit. (Kepala otak jangan hanya dipasak dengan bantuan subsidi sahaja!!), ilmu pengetahuan, kepakaran, itu semua bentuk keuntungan yang jauh lebih bernilai.

Tengok negara Jepun, kenapa selepas hancur dibom, mereka bangun menjadi sebuah negara yang paling maju? Kita merdeka hampir sama usia dengan Jepun bangun dri Padang jarak Padang Tekukur. Tapi kenapa kita tak setanding mereka? Mentaliti!!

Lihat Putrajaya, KLIA, dan banyak lagi projek mega yang kosnya berpuluh-puluh billion. Gagal atau berjaya memberi pulangan lumayan? Lihat bagaimana kita dipandang dengan pembangunan negara kita?

Ambil contoh Dubai, pandang jauh! Minyak akan habis. Sebelum mereka kekeringan minyak, mereka labur beratus-ratus billion untuk membangunkan negara dengan harapan, pulangan pelancongan akan meningkat dan menggantikan sumber minyak mereka.

Kita??

Fikirlah...

Go F1 1Malaysia!

Raya 2009










*******************************************************

Seperti tahun sudah, Raya kini disambut sederhana...aku pulang ke kampung selepas solat sunat Aidilfitri di surau berdekatan rumah aku...bermaaf-maafan...makan...'mengepau' duit raya...walaupun dah season dah pun usia ni nak dapat duit raya, tapi nampaknya tahun ini, rezeki masih ada walau tak sebanyak dulu...hahaha

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda




Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi

Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban

Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti

Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu

Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andainya Anak-anakmu Bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti Di Aidilfitri, Di Aidilfitri


***********************************************************************

Biasanya...jarang lagu2 raya yang baru aku suka...tapi lagu ni aku suka... ;)

Tuesday, September 15, 2009

Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada:

  1. Yang terutama - Mak, Ayah dan Adik
  2. Ahli-ahli keluarga, Pak Ngah sekeluarga, Pak Andak sekeluarga, dan lain-lain lagi
  3. Yang teristimewa...serta keluarganya ;)
  4. Member2 dari SKTJJ1 - Mujib, Hasnul, Farid, Yazid, Afiq, dan lain-lain lagi
  5. Member2 BUDDYputra 02-06 - (ikut tmpt duduk mase F5) Zaim, Kerol, Quek, Wahi, Razaki, Pozan, Qucai, Al, Apis, Paiz, aku, Syazwan, Falihin, Idham, Jono, (budak pompuan aku lupe tmpt duduk) Fareza, Fatin, Yana, Shazlin, Anis, Nurul, Farhana, Zatie, Hayatol, Nadia Ahmad Redzuan, Syuhaida, sape lg ek? Atika Yot!!
  6. Warga Pioneer MRSM Pontian, BWP, LDP dan lain-lain
  7. 26-ers KMJ 07-08 serta bebudak Kuliah Hayat 4 (bebudak belakang terutamanya)
  8. UMP! Biotek - 26 & 27 - Semua2 la...ramai sangat nak taip nama
  9. Orator - Suria, Kak Mas, Kak Nad, Fendi, Khairi, Jumain, Abg Najmi, Q, Helmi, Ika suka-suka, Mami, Daus, dan semua2 yang berkenaan
  10. Al-Muttaqin serta penasihat - Ust. Abdul Jawwad
  11. Guru2 dari SKBB, SKTJJ1, MRSM Pontian, KMJ serta UMP
  12. Serta semua yang mengenali diri ini

Maaf Zahir dan Batin...
Ada masa lapang, jemputlah datang ke rumah...

Selamat Hari Raya!!!

Sunday, September 13, 2009

Hikayat Melayu

Selalu aku dengar kata-kata orang 'Orang Melayu takkan maju selagi masih macam itu'...

Dalam suasana meriah kita nak menyambut raya, aku terima satu berita...tentang seorang jiran, kenalan yang agak rapat dengan keluarga aku...sebuah keluarga bahagia, memiliki perniagaan sendiri dan alhamdulillah hidup dengan serba-serbi lengkap...murah rezeki mereka...namun sayang seribu kali sayang tak semua jiran dan kenalan mereka menyenangi kesenangan hidup mereka...

Ditakdirkan, isteri kepada kenalan keluarga aku itu sakit...sakit yang aneh dan agak sukar untuk dipulihkan...dengan saranan keluarga terdekat, keluarga ini bertemu seorang ustaz...hasilnya...terbongkarlah rahsia bahawa selama ini, mereka disantau/disihir oleh kenalan mereka sendiri yang dengki dengan kesenangan hidup yang mereka kecapi...

PERTAMA
Aku tertanya-tanya apa agama orang yang menyihir/menyantau orang lain? Jika ISLAM, tidakkah mereka tahu hukum menyihir org adalah haram dan memesongkan akidah? Apakah bezanya orang yang tidak menunaikan solat dengan mereka? Andai kata mereka menunaikan solat cukup 5 waktu sehari, lambang kepercayaan kepada Allah Maha Esa, kenapa masih menggunakan 'kuasa' lain untuk menjatuhkan orang lain? Berapa banyak Tuhan yang mereka sembah? Tidak berpendidikan agamakah mereka? 1 perkataan - BODOH!!

KEDUA
Apa salah kita melihat anak bangsa kita, bangsa Melayu (yang nyata semakin hari semakin menumpang di negara sendiri) maju? Ada kekuatan ekonomi seperti orang Cina yang rata-rata mempunyai akaun simpanan berjuta-juta dalam bank. Salahkah bagi orang Melayu mempunyai harta yang sebegitu banyak? Adakah jika golongan Melayu yang kaya ini mengganggu hidup, merosakkan kebahagiaan rumah tangga orang lain? SAMPAI BILA MELAYU NAK MAJU KALAU KITA HANYA KAYA DENGAN HASAD DENGKI? 1 perkataan - BODOH!!

Susahkan hidup sebagai Melayu? Politik berpecah, kaya dengan hasad dengki...Bangsanya indah...kaya dengan adat...tapi sayang...nafsu serakah dalam jiwa tu lebih disembah...

Maka pada aku tak salah jika seorang Melayu itu menjadi seorang yang liberal...

Wednesday, September 2, 2009

Satu Titik Noktah

Kadang-kadang kita perlu sedar...kita sepatutnya sudah perlu berhenti...kerana kita sudah tidak mampu lagi...bukan berputus asa...hanya mengambil jalan penyelesaian...